Sabtu, Julai 09, 2011

Adakah tujuan BERSIH akan tercapai?

Assalamualaikum WBT,

Akhirnya saya terpaksa akur dengan permintaan beberapa orang rakan untuk menulis tentang BERSIH. Walaupun saya kurang berminat mengenainya dan tidak mengambil perkembangan secara terus, namun kadangkala ada terbaca juga.

Soalan saya, adakah tujuan BERSIH itu akan tercapai?

Secara peribadinya saya akan mengatakan tidak.Kerana, pada tahun 2007 perhimpunan BERSIH yang pertama berjaya diadakan dan kesan dari itu pihak SPR telah mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya. Namun keputusan tersebut ditarik balik atas beberapa alasan. Dari situ satu kesimpulan mudah boleh saya buat, jika tahun 2007 dah buat keputusan dan tarik balik, apakah ditahun ini benda yang sama takkan berulang?

Ada yang mengatakan sistem pilihanraya di Malaysia perlu dibersihkan. Dan ada yang mempertikaikan. Jika tidak bersih takkan 5 negeri tumbang ke tangan pembangkang pada PRU 2008. Dijawab kembali, jika betul-betul bersih, bukan setakat 5 negeri, malah satu Malaysia telah ditawan dari dulu lagi. Dan ada soalan kembali, senang-senang ke BN nak bagi 5 negeri tersebut terutamanya Selangor? Kalau betullah tak bersih, bagai tak logik sahaja dengan senang-senang Selangor akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Dan jika benar juga tidak bersih, Datuk Seri Anwar Ibrahim, musuh nombor 1 kerajaan, tidak akan menang dalam PRK di Permatang Pauh.

Dan kenapa pula kerajaan begitu takut dan terlalu menghalang hasrat kumpulan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan yang dikatakan perhimpunan aman? Mungkin kerana pada tahun 2008, gelombang BERSIH telah menyebabkan tumbangnya 5 negeri. Jadi, ini ditakuti bakal berulang kerana PRU akan diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang, maka, tindakan agar perhimpunan tersebut tidak berlaku diperhebatkan. Dan beratus-ratus laporan polis telah dibuat.

Dalam sibuk pihak penyokong kerajaan membuat laporan polis disana-sini membantah perhimpunan tersebut, dalam masa yang sama Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia), mengumumkan akan membawa pemuda UMNO untuk turut berhimpun pada hari yang sama sehingga tertubuhnya PATRIOT. Tujuan PATRIOT adalah untuk menghalang si BERSIH. Inilah yang menjadi kemusykilan saya kenapa perkara ini boleh terjadi. Dan dari mata kasar saya perkara ini tidak lain dan tidak bukan adalah lebih kepada usaha mencari gaduh.Apakah dah tak cukup anggota polis untuk mengawalnya? Tapi jika dua kumpulan yang besar ini bertempur, sudah tentu akan menjadi masalah kepada pihak polis.

Disebabkan itulah, berbanding BERSIH yang pertama, beberapa hari sebelum tarikh perhimpunan BERSIH yang kedua, polis telah mengadakan sekatan jalanraya di jalan-jalan utama ke Kuala Lumpur. Kawalan diperhebatkan lagi dengan akan menutup beberapa jalan utama masuk ke Kuala Lumpur pada hari ini.

Jadi, saya tak nampak relevannya tujuan asal BERSIH ini yang dikatakan ingin membersihkan SPR itu sendiri kerana apa yang berlaku pada tahun 2007 tak mustahil akan berulang kembali. Munculnya kumpulan penentang BERSIH akan lebih mencetuskan sesuatu yang sangat ditakuti kerana bermula semalam, satu sebaran sms ada saya terima yang mengatakan pemimpin DAP tidak mahu pengikutnya turut serta dalam perhimpunan kali ini kerana dikatakan ingin melihat hanya melayu bergaduh sesama melayu. Benarkah?

Oleh itu, saya menyeru kepada semua rakan-rakan saya dan anda yang membaca, buat aktiviti anda seperti biasa pada hari ini dan tidak perlu kita berhimpun sama ada untuk bersama BERSIH mahupun PATRIOT. Negara kita sudah aman dan tenteram dan kita buatlah keputusan dengan bijak semasa pilihanraya nanti.

7 ulasan:

  1. Perhimpunan BERSIH....
    Menandakan saat hampirnya PRU...

    BalasPadam
  2. betul tu.semalam di office kami berdebat dgn bos.maklumlah selain dia CEO dia juga lecturer di Lim Kok Wing.byk ilmu dan info yg kitorang dpt.bos kite cuma kata;

    kat mana rakyat nak salurkan pendapat,kat tv dah tentu semua dipegang kerajaan,kat suratkhabar pun kerajaan punya,bagi pendpt/atau hentam kerajaan kat blog dah tentu kena saman.itulah sebab rakyat nak buat perhimpunan.

    kalau kat UK ada satu dataran khas untuk rakyat suarakan pendapat.tiap2 hari ada je yg pegang sepanduk.rakyat diberi kebebasn bersuara.kdg2 bila ada perhimpunan,keadaan tak kucar-kacir sebab polis follow dlm barisan.bila ada je sorang yg buat hal(nak strat pergaduhan),polis cepat2 tarik keluarkan dia dr barisan perhimpunan tu.

    tapi cuba tgk kat msia ni???

    BalasPadam
  3. dan... adakah janji parti pembangkang yang mennag di lima buah negeri itu telah ditepati? entah... saya tak tahu... tepuk dada tanyalah selera..

    BalasPadam
  4. Biar org yg buat...tapi kita jangan masuk campur...kalau kita susah...bukan siapa2 yg nak tolong pun....

    BalasPadam
  5. setuju dengan komen aleasara. bagi peluang orang mahu bersuara bukan tangkap orang yang mahu bersuara. tepuk dada tanya IMAN

    BalasPadam
  6. mula2 aku nak ekot bersih..tapi bila mengenangkan kembali sapa ambiga...ye la lawyer yg ambil kes lina joy yg kuar islam dulu..yg bermati2an mempertahankan lina joy ..n kes2 yg melibatkan islam..tak jadi lah....

    BalasPadam
  7. Ambiga kan peguam, ko bayar, ko dapat servis..undang-undang Malaysia tak halang orang murtad apa..Selagi undang-undang kapir diguna pakai dan dijunjung, jangan di heran jika anak cucu kita mengikut jejak lina joy...

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...