Selasa, Jun 14, 2011

RM1.8 juta untuk laman Facebook?

Assalamualaikum WBT,

Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya. Berita penuh disini.

Dalam tweet Senator Ezam Mohd Nor beliau juga turut mengeluarkan kenyataannya yang berbunyi "1.8M to spend on Facebook?utter rubbish!Minister must explain or take responsibilty for this disgrace and resign." 


Tertanya-tanya, jika benar dakwaan itu, apa alasan Kementerian Pelancongan menggunakan sehingga RM1.8 juta bagi menyelenggara laman Facebook miliknya sedangkan untuk perkhidmatan di Facebook adalah percuma. Mungkin bertujuan membayar gaji atau elaun pengendali laman tersebut, tetapi jumlahnya adalah terlalu besar. 


Untuk membina sebuah laman web pun tidak memerlukan modal sebanyak itu dan sudah tentu wujud persoalan yang besar apa tujuan RM1.8 juta itu? Kementerian Pelancongan perlu menjawab dengan segera dan jika terdapat penyelewengan tindakan tegas perlu diambil. 



1 ulasan:

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...