Assalamualaikum WBT,
Sedang melilau-lilau mencari parking semalam di PJS 4, Taman Medan PJ, bg menghadiri majlis walimatulurus, tiba-tiba ternampak signboard tulisan tangan yang sangat unik perkataannya seperti gambar di atas.
Agak bahaya juga dengan apa yang ditulisnya tu. Takut kena balik batang hidung sendiri. Kadang-kadang tak perasan terbuang sampah yang kecil seperti puntung rokok, plastik gula2 dll. Sampah jugak namanya tu kan. Jadi bila dia sendiri dah buang sampah, atau mungkin anak2nya yang masih kecil ada membuang sampah disitu bagaimana agaknya ye.
Mungkin terlalu marah kerana tempat tersebut dijadikan tempat buangan sampah, namun kaedah meletak signboard sebegitu bukan penyelesaiannya. Mungkin ada kaedah lain yang lebih baik atau perkataan yang lebih berhikmah yang akan membantu. PBT yang berkenaan, takkan buat bodoh je. Budak 5 tahun pun bole baca dan jenuh nak terangkan lepas tu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
adoooii kalau budak tanya kenapa tulis mcm tu cmne nk jwb ekk??
BalasPadamIsh... tu kata kat orang ke kata kat diri sendiri tu? Gantinama 'saya' tu macam merujuk pada diri sendiri je!
BalasPadambetu jugak....dia tulis cam tuu.kekadang org kita tak faham...kalo kita tulis baik2..
BalasPadamas salam
Ha.. ha... Lawak antarabangsa betul!
BalasPadamOrang lain yang buang, dia pulak yang mengaku status gitu...
Eee... tak malu....!
salam,
BalasPadammcm ni pon ada, donia oh donia