Sabtu, Jun 04, 2011

Rewang mengeratkan silaturrahim

Assalamualaikum WBT,

Bagaikan sudah sinonim dengan cuti sekolah. Ianya akan dihiasi dengan kenduri perkahwinan dimana-mana saja. Kad jemputan yang diterima tidak terkira banyaknya. Hinggakan tidak mampu untuk menghadiri kesemuanya.

Esok, jiran merangkap Setiausaha Masjid Kg Dato Ahmad Razali mengadakan majlis walimatulurus anak pertamanya. Konsep rewang dengan menjemput saudara mara dan penduduk kampung bagi bergotong royong untuk menyediakan makanan untuk tetamu esok. Jadi, bermula hari Khamis lagi persiapan sudah dilakukan.

Hari ini, keadaannya lebih meriah dengan seluruh penduduk kampung berkumpul untuk bergotong royong. Inilah yang perlu dikekalkan kerana dengan konsep rewang ini silaturrahim antara penduduk dapat terus dieratkan.

Tidak mustahil di bandar jiran sebelah rumah pun saling tidak mengenali kerana tidak pernah bercampur gaul dengan masyarakat. Akhirnya wujudlah sikap nafsi-nafsi (lu-lu, gua-gua) yang merugikan institusi kemasyarakatan itu sendiri.

Anak-anak muda dikampung, jangan hanya leka dengan Facebook dan lain-lain tanpa bercampur gaul membantu kerana tanpa penglibatan anak muda, konsep rewang ini tidak mustahil akan pupus.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...