Sabtu, Jun 18, 2011

Jom tengok bola

Assalamualaikum WBT,

Bermula dari 13 Julai hingga 21 Julai, 3 kelab gergasi Liga Inggeris akan hadir ke Malaysia.

Bermula dengan Arsenal yang akan bertemu dgn pasukan Malaysia pada 13/7 ni, kemudian pasukan negara berdepan dengan Liverpool pada 16/7 dan akhir sekali pasukan negara akan diuji pula oleh Chelsea pada 21/7. Kesemua perlawanan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemana pasukan Manchester United ye. Kenapa mereka tidak mahu hadir? Mungkin kerana masih malu di'ayam'kan oleh Barcelona pada perlawanan akhir Champions League tempohhari atau pun masih terasa kehebatan pasukan negara yg memberi tentangan sengit pada 2009.

Apa pun tiket sudah saya perolehi. Yang bestnya, tiket perlawanan sudah tentu untuk perlawanan antara Malaysia menentang pasukan fevret saya Arsenal. Namun saya mendapat pass percuma bagi sessi latihan pasukan Liverpool keesokkan harinya.

Pada yang berminat nak pergi sila dapatkan tiket anda sekarang. Jangan tunggu saat akhir dan tak dapat pula tiket tu nanti. Jom tengok bola.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...