Selasa, Mei 10, 2011

Taubat sambal belacan

Assalamualaikum WBT,

Berapa banyak kali dalam sehari kita buat silap?
Dan dalam banyak-banyak silap tu berapa banyak pula dosa yang kita kumpul?
Dalam satu hadis dosa-dosa kecil akan terampun dengan solat lima waktu yang kita kerjakan. Manakala dosa besar perlulah mohon ampun pada Allah dengan taubat nasuha. Dosa-dosa kecil seringkali kita tak terlepas dari melakukannya. Namun dosa yang berulang-ulang kali dilakukan akan menyebabkan hati kita menjadi keras dan akhirnya untuk menerima nasihat pun kita tidak menggemarinya. 
Jadi, setiap kali kita melakukan kesilapan bersegeralah beristighfar dan memohon ampun pada Allah SWT. 
Jangan pula taubat kita umpama taubat sambal belacan. 

- Nasihat untuk diri sendiri yang seringkali terlupa

1 ulasan:

  1. erm..
    betol..
    tiap2 hari kene muhasabah diri pastu bertaubat...
    =D

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...