Rabu, Mei 04, 2011

Signboard Yang Terbaik Di Dunia


Assalamualaikum WBT,

Semasa tuan/puan memandu adakah tuan/puan pernah ternampak signboard seperti dalam gambar diatas? Mungkin ada yang pernah dan mungkin ada yang tak pernah. Tapi kalau signboard awas, berhenti, signboard gambar Maya Karin.. Opss.. Maya Karin..

Itulah tarikan signboard. Semua yang memandu dan melalui jalan tersebut pasti akan melihat dan membacanya. Namun alangkah indahnya jika sepanjang jalan negeri, jalan persekutuan dan lebuhraya signboard seperti diatas menghiasi bahu-bahu jalan utama dinegara kita ini. Secara tak langsung, pemandu yang sering terlupa seperti saya dari mengingati Allah akan segera teringat dan secara automatik akan membaca dalam hati. 

Walaupun perkara ni tak sunnah dan yang sepatutnya ingatan kita pada Allah SWT tak luput setiap masa dan keadaan, bagi manusia yang sering terlupa seperti saya, signboard2 seperti ini sangat membantu. Dan lebih indah jika sepanjang perjalanan kita akan kerap terjumpa signboard2 seperti ini. Tuan/puan semua orang2 yang hebat yang sentiasa ingat pada Allah tanpa perlu apa-apa bantuan. Namun orang seperti saya sentiasa perlu diingatkan dan tak rugi pada sesiapa yang sudi menaja untuk buat signboard seperti ini. Dengan sekali modal, akan dapat pahala berterusan setiap kali orang membacanya. 

Namun, sanggup ke orang melabur untuk perkara yang tak nampak? Semoga kefahaman agama akan datang dalam diri setiap kita semua. Walaupun signboard diatas tu kecil dan tak glamer sebab takde gambar Maya Karin namun itulah signboard yang terbaik di dunia.

4 ulasan:

  1. salam
    alhamdulillah. kat sepanjang jalan kt kelate byk je nama-nama Allah dan zikir2 pendek untuk kita selalu berada dalam keadaan beringat^^

    BalasPadam
  2. Saya juga amat bersetuju dengan komen Suna Husna. Saya selalu menggunakan Haiway Timur-Barat untuk ke Machang Klate..tujuannya kita sentiasa ingat kepada Allah..

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama5/5/11 10:27 PG

    kan byk signboard cmtu.mebi kamu tak perasan kot..

    BalasPadam
  4. Byk di jalan2 kampung dan tmpt dan negeri2 tertentu je. Kalau nak compare dgn panjang jalan dgn jumlah signboard, 1/100 pun takde.

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...