Khamis, Mei 05, 2011

Sudahkah anda mencabut bulu ketiak?

Assalamualaikum WBT,

Bagaimana anda membuang bulu ketiak anda?
Kaedah yang biasa diamalkan ialah dengan mencukurnya. Dan ramai yang selesa dengan cara ini. Namun tahukah anda membuang bulu ketiak anda dengan cara mencukurnya amatlah berbahaya dan boleh menjadi salah satu penyumbang kepada kanser.

Apabila seseorang mencukur bulu ketiaknya, pasti akan wujud luka kecil di kawasan ketiak tersebut. Pori-pori di ketiak juga akan membesar dan ini akan menyebabkan deodorant, bedak atau apa saja bahan yang kita gunakan untuk mewangikan ketiak akan masuk ke bahagian dalam badan. Kulit ketiak adalah kulit yang paling sensitif dan nipis.

Dalam Islam cara sebenar untuk membuang bulu ketiak adalah dengan mencabutnya. Bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud "Fitrah itu ada lima. Lima perkara daripada fitrah ialah berkhitan (sunat), mencukur bulu ari-ari, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menipiskan misai". Hadis Riwayat Bukhari.

Dalam hadis lain dari Anas bin Malik, beliau berkata: “Rasulullah membataskan waktu kepada kami dalam memendekkan kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, agar hal tersebut tidak dibiarkan melebihi 40 malam”(HR. Muslim dan Ibnu Majah juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Nasa’i).

1 ulasan:

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...