Jumaat, Mei 27, 2011

Saf bengkang bengkok


Assalamualaikum WBT,
Hari ni solat Jumaat di Masjid Negeri. Agak lama tak menjejakkan kaki di masjid ini. Selepas zaman persekolahan ada la beberapa kali. Kalau ke Shah Alam lebih senang solat fardhu di masjid-masjid yg lebih kecil. 

Sampai je, kat perkarangan masjid, satu rombongan pelajar dari SAMTTAJ pun sama tiba. Ye, semua yg pernah belajar di SAMTTAJ akan solat Jumaat di masjid ini setiap minggu. Terlalu banyak kenangan masjid negeri ini padaku. 

Bukan kenangan lama yang aku nak ceritakan, tapi keadaan karpet saf masjid yang agak mengkompiuskan yang ingin aku persoalkan. 

Cuba lihat gambar diatas. Plain dan tenang serta garisan saf yang lurus memudahkan jemaah membentuk saf dengan lurus untuk solat berjemaah. Akan tetapi, sebuah masjid negeri mempunyai karpet yang cantik dan indah tetapi garisan safnya bengkang bengkok. Tidak lurus seperti dalam gambar dan sudah tentu sukar jemaah nak hasilkan saf yang lurus juga.

Meluruskan saf dalam solat adalah sangat penting dan ianya merupakan sunnah Rasulullah SAW. Daripada Albara’ bin ‘Aazib berkata: Adalah Rasulullah memasuki celah-celah barisan (saf) sambil mengusap dada dan bahu kami. (Riwayat Abu Daud).
Pada zaman Umar al-Khattab pula, beliau mewakilkan tugas meluruskan saf kepada seseorang. Beliau tidak akan bertakbir (memulakan solat) sehingga orang yang membantunya dalam meluruskan saf itu memberitahu bahawa saf telah benar-benar lurus. Begitu juga dengan Uthman al-Affan dan Ali bin Abu Talib, mereka berdua bersepakat melakukan apa yang telah dilakukan oleh Umar. Dulu, Ali selalu mengatakan: “Maju wahai si fulan! Mundur sedikit wahai si fulan!”

Bukan di masjid negeri sahaja, tetapi ada juga masjid lain yang garisan safnya berlekuk-lekuk. Tak tau nak berdiri di lekuk depan atau lekuk belakang. Hasilnya, saf jadi tak lurus. Bila dah tak lurus takde kejayaan la disitu kerana telah mengabaikan sunnah Nabi SAW dalam meluruskan saf. Kerana kejayaan hanya akan terhasil apabila sunnah Rasulullah SAW diikuti dengan sempurna untuk setiap amalan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...