Sabtu, Mei 14, 2011

Kekalahan Amir mengubat duka


Assalamualaikum WBT,

Pedih dan sadis.. Selangor tumbang dilaman sendiri dengan satu jumlah jaringan yang amat besar. Tanpa ketiadaan 3 tonggak utama bahagian pertahanan, sememangnya Selangor tak berdaya nak menahan asakan Kelantan yang di kepalai oleh Matyo.

Dan semalam juga dalam sejarah apabila belum habis lagi separuh masa pertama, selepas sahaja Kelantan menjaringkan gol ketiga aku terus cabut. Balik rumah tengok maharaja lawak lagi bagus dari tengok permainan tahap budak sekolah yang dipersembahkan Selangor.

Diluar stadium, aku terserempak dengan R2 (gambar diatas) yang turut sama bergegas untuk balik kerumah menonton Maharaja Lawak. Dan nyata kepulangan kami kerumah tak sia-sia kerana Kelantan terus menambah jaringan dan Amir terkeluar dari Maharaja Lawak. Walaupun Selangor kalah, tapi dengan terkeluarnya Amir dari Maharaja Lawak sudah cukup untuk mengubati kedukaan. Itu pun yang paling penting sebenarnya. 

Andai Selangor yg menang besar semalam tapi Amir masih berada di Maharaja Lawak, nyata kemenangan Selangor itu tidak memberi apa-apa erti kepada aku. Bukan terlalu membenci Amir, namun tahap persembahan yang Amir tonjolkan tidak seharusnya berada dalam Maharaja Lawak dan sepatutnya telah terkeluar pada minggu pertama Raja Lawak yang disertainya dulu. Setuju? 


4 ulasan:

  1. setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...keh3..
    amirnyer alwak..ke laut..huk3

    BalasPadam
  2. SETUJU!!SGT SGT LA SETUJU NYE..SESWAI DGN STATUS MAHARAJA, MMG AMIR PATUT KE LAUT

    BalasPadam
  3. memang saya setiap minggu berdoa supaya amir terkeluar....bila dia dah tak ada lagi di maharaja lawak baru tenang rasa tengok ML....

    BalasPadam
  4. SETUJU SANGAT2! SEPATUTNYA R2 YANG KEKAL DALAM MAHARAJA LAWAK..BUKAN AMIR!

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...