Khamis, Mei 12, 2011

Jangan Jadi Sakai


Assalamualaikum WBT,

Esok satu pertembungan dua pasukan elit bolasepak Malaysia akan berlangsung di Stadium Shah Alam. Perlawanan separuh akhir Piala FA antara pasukan Selangor dan Kelantan yang pastinya akan menghimpun puluhan ribu peminat bolasepak kedua-dua pasukan.

Dan apa yang pasti esok, satu kawalan ketat bermula dari luar stadium lagi akan dilaksanakan. Tambahan pasukan FRU diperlukan bagi menjaga ketenteraman di stadium. Pasukan polis baik yang lengkap beruniform mahupun yang berpakaian preman akan dikerah bagi memastikan keharmonian di stadium tidak diganggu gugat.

Namun begitu, biarpun seramai mana anggota keselamatan yang diletakkan di stadium, suasana tidak sihat pasti berlaku. Tidak tahu mengapa, namun inilah yang sering terjadi jika perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan seperti diatas. Dentuman mercun dan balingan botol minuman seringkali merencatkan perlawanan. Tidak pernah situasi seperti ini berlaku dalam perlawanan bolasepak yang lebih hebat seperti Piala Dunia. Malah peminat berlainan pasukan boleh duduk sama-sama dan menonton bolasepak dalam keadaan yang harmoni.

Entah sampai bila keadaan ini akan berlarutan. Tidak perlu menuding jari menyalahkan sesiapa. Sebagai peminat bolasepak, jaga emosi dan kelakuan anda serta tontonlah bolasepak dengan semangat kesukanan. Kalah dan menang adat permainan. Apa yang penting semasa menonton bolasepak jangan jadi sakai.

2 ulasan:

  1. ak tgk tajuk entry ni laju jew ak tkan...
    ingtkan nk kutuk2 peminat kelantan...
    biasewla...peminat kelantan slalu di labelkan sdemikian oleh pihak media walaupun apa yang berlaku amatlah bercanggah ngn laporan mereka.
    sukan xperlu dipolitikkan...
    skadar cetusan hati..hehehe

    BalasPadam
  2. Sama je bro. Takde nak berpihak mana-mana. Kalau tepuk sebelah tgn takkan jadi apa2. Namun, sokongan sudah tentulah utk Selangor. Siapa yang sakai? Penonton yg buat kecoh. Tak kira la fan Selangor atau Kelantan.

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...