Khamis, April 07, 2011

Selamat hari jadi Angah



Assalamualaikum WBT,

Nurin Zulaikha atau Angah, hari ini genap berusia 8 tahun. Dilahirkan dihospital Banting dan sama seperti anak-anak yang lain mengidap jaundice sewaktu dilahirkan. Namun tidak dimasukkan ke hospital kerana jaundicenya tidak seserius yang lain. Padu usia 5 tahun pernah dimasukkan ke wad selama 8 hari kerana kencingnya ada keluar darah sedikit. Namun tiada apa yang serius dan alhamdulillah sihat seperti biasa. Cuma mempunyai alahan dengan baby oil yang mana akan menyebabkan seluruh badannya akan bengkak-bengkak.

Seorang kanak-kanak yang periang, mudah mengalah, rajin dan sentiasa menepati masa. Mudah mengingati apa yang dipelajari dan pandai menguruskan diri sendiri. Penyayang terhadap adik-adiknya dan sentiasa mengalah termasuklah dengan kakaknya. 

Anak kedua daripada 5 orang adik beradik, dan sentiasa bersaing untuk menyaingi pencapaian kakaknya dalam pelajaran. Ayah dan mama sayang Angah dan semoga Angah jadi anak yang solehah serta berjaya dalam setiap perkara yang dilakukan. Selamat hari jadi Angah.

2 ulasan:

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...