Khamis, April 07, 2011

Cara nak menaikkan traffic blog anda.



Assalamualaikum WBT,

Kebanyakkan blogger aktif, mengimpikan traffic yang tinggi ke blog mereka. Jumlah pengunjung yang ramai akan memberikan satu pulangan yang tinggi juga buat mereka. Ini kerana sambil berblog, mereka juga menjadi ejen kepada syarikat-syarikat pengiklanan. Malah ada yang telah menjadikan blog mereka sebagai sumber pendapatan tetap.

Jika satu-satu blog mempunyai jumlah pengunjung yang ramai, kecenderungan orang yang ingin meletakkan iklan adalah sangat tinggi. Jadi, dengan hanya berblog, duit pun masyuk...

Bagaimana nak naikkan traffic blog?

Seperti catatan saya yang lepas, blog kita akan tiba-tiba mempunyai ramai peminat bila ada keyword yang menarik perhatian mereka. Apa keywordnya? Sudah tentulah yang berkaitan dengan 18SX. Letak sahaja tajuk yang berbau lucah dan 18SX, pasti kita lihat jumlah pengunjung akan berbeza daripada biasa.

Tapi perlukah kita buat semua itu?

Saya seringkali dan gemar memancing pembaca dengan tajuk-tajuk sebegitu. Namun tidaklah terlalu lucah dan masih boleh diterima umum. Pun begitu isi yang cuba saya ketengahkan adalah sesuai untuk semua peringkat usia.

Kadangkala, terdapat juga blogger yang gemar meletakkan gambar yang mampu merangsang nafsu seseorang. Pada pendapat saya ini adalah satu perkara yang tidak sihat dan menjurus kepada dosa. Jadi adalah lebih baik dielakkan. Ada juga yang berperanan sebagai tukang promosi kepada blog-blog lucah tersebut. Seharusnya seorang blogger itu bijak dengan tidak menjadi tukang promosi kepada sesuatu yang akan merugikan dirinya sendiri. Kenapa saya kata rugi? Rujuklah dengan ustaz-ustaz yang berkaitan.

Kesimpulannya, tidak salah menggunakan pelbagai helah bagi menaikkan blog. Tapi yang menjadi kesalahan apabila meletakkan sesuatu yang tidak sepatutnya dan menjadi ejen kepada berlaku sesuatu yang ditegah oleh agama. Semoga setiap penulisan kita akan mendatangkan manfaat untuk diri kita sendiri dan juga untuk orang lain.

10 ulasan:

  1. Yang penting.. bak kata orang.. jangan ambil dosa kering..

    Bagi saya, biarlah info-info dan pengalaman yang saya tulis boleh meninggalkan kenangan untuk anak cucu dan boleh memberi sedikit sebanyak ilmu dan pengetahuan kepada kita semua..

    Selamat berblog..

    BalasPadam
  2. ouh..betul..abang penah try dulu..menjadi,tapi tak kemana pun..lama-lama slow jugak

    dalam entry abang yg ni ada cakap pasal stage belogger : Makin Lama Makin Gampang

    BalasPadam
  3. perlu juga kita tahu bahawa halalkah duit yang kita dapat dengan cara sebegini?

    BalasPadam
  4. saya pun sedang berusaha mencari kaedah untuk menaikkan traffic blog...


    singgah dari gengblogger..


    New Entry: Cinderella's Sister

    BalasPadam
  5. Winnie : Bagi yang mmg suka kepada yg ditegah, mereka tak kira dah halal atau haramnya lagi. Kesian kan.

    BalasPadam
  6. ahaaaha.. macam2 cara nak naik kan traffic ehh..
    (-_-")

    Entry Terbaru: Rupa Kiamat - Bacalah, jika kamu seorang manusia

    BalasPadam
  7. Saya punn ada blog baru gak..khusus utk para wanita yg sayangkan sang suami :O)

    http://zarascouture.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. Tajuk biar kena dengan isi.. tu yg penting.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat sini banyak info dan panduan khusus nya untuk kaum ibu, semoga dapat di jadikan panduan untuk semua(^^,)

      http://mamaamsyarmarsyashakle.blogspot.com/

      Padam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...