Selasa, April 12, 2011

RM13000 untuk hidangan patin sangat berpatutan.


Assalamualaikum WBT,

Kecoh seketika apabila sebuah kedai makan di Temerloh mengenakan caj sehingga RM13,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Belas Ribu Sahaja) bagi hidangan ikan patin. Dan hari ini, semua orang pakat mengutuk apa yang telah berlaku. Macam-macam lah sehingga ada yang nak membakor..

Ini semua berpunca dari salah laporan oleh sebuah akhbar perdana. RM13,000 utk 50 orang memang la mahal. Tapi angka sebenar adalah 350 orang. Dicampur pula dengan udang galah dan lain-lain hidangan yang pada dasarnya sangat berbaloi dan berpatutan.

Yang mengutuk tokey restoran, jom la kita minta maaf ramai-ramai. Yang dah siapkan peralatan nak pergi bakor batalkan niat tu. Tapi apa yang harus kita buat pada akhbar yang melaporkan benda yang tak tepat ni? Yang mana akibatnya semua orang jadi tak tentu hala.

5 ulasan:

  1. kalau 350 orang..memang logik ler...13 ribu..

    BalasPadam
  2. oh yeke 350 0rg? xtaw pun ...

    BalasPadam
  3. Lepas ni tak perlu bimbang lagi fasal harga patin...
    Akhbar semalam melaporkan masakan patin dimestikan ada tanda harga...

    BalasPadam
  4. jum g rumah as, belanja makan gulai patin masak tempoyak

    BalasPadam
  5. berulang- ulang dan berkali kali kita jumpa kejadian 'salah lapor', jadi kita yg baca ni kena bertenang...tunggu info kiri kanan depan belakang barulah buat rumusan...itu pun utk diri sendiri dulu, baru hebohkan.

    p/s - tak makan ikan sungai ( air tawar)

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...