Selasa, April 12, 2011

Mari rosakkan straw


Assalamualaikum WBT,

Dalam sehari berapa kali kita akan minum dikedai menggunakan straw? Berapa banyak straw pula yang akan digunakan oleh pengusaha restoran @ kedai makanan / minuman dalam masa sehari? Berapa banyak kos mereka perlukan hanya untuk membeli straw? Bagaimana caranya mereka mengurangkan kos pembelian straw?

Soalan cara mengurangkan kos ni yang saya berminat nak huraikan. Salah satu cara yang paling efektif dalam usaha menjimatkan kos walaupun sedikit adalah dengan menggunakan semula straw yang telah dipakai oleh pelanggan. Ya, itulah hakikatnya. Straw yang kita gunakan rupa-rupanya telah digunakan oleh pelanggan lain juga. Silap haribulan bukan seorang, malah boleh mencapai jumlah yang kita sendiri tak sangka.

Jadi, sebagai panduan yang straw kita guna itu tidak akan digunakan kembali,(mungkin juga selepas 3-4 hari kita akan guna straw yang sama), setiap kali kita minum menggunakan straw, pastikan akhir sekali kita rosakkan straw tersebut. Tak kiralah dengan menggunakan apa cara sekalipun. Straw yang telah rosak pasti tidak akan direcycle kembali untuk kegunaan pelanggan seterusnya. Sekian untuk panduan kita bersama dan selamat merosakkan straw.

7 ulasan:

  1. Di Jerantut pun ada peniaga yang recycle kan straw..Memang pengotor dan tak patut.

    Saya sokong Kempen Jom Rosakkan Straw.

    Tapi nak rosakkan cam mana yer...

    Peribahasa Jepun ( Part 2 )

    BalasPadam
  2. Mie : Kena kreatif la. Guna gigi ke. Tapi sanggup ke nak guna gigi. Skrg ni saya minum tak guna straw dah. hehehe.

    BalasPadam
  3. Sokong kempen musnahkan straw minuman ini...

    Ataupun kalau sangsi dgn kebersihan straw, kita minum tanpa menggunakan straw...

    BalasPadam
  4. saya amat jarang minum minuman berais..
    selalu minum minuman panas..
    jadi sepastinya tidak menggunakan straw...

    BalasPadam
  5. oooo itu macam pun boleh ka??
    memang tak pernah terpikirpun sebelum ni.
    ok lepas ni jom kita rosakkan straw beramai ramai.

    BalasPadam
  6. tak terfikir pulak straw tu boleh guna ulang2 kali..lipat2 jer straw tu..mesti rosak punya..

    BalasPadam
  7. ingatkan cuma gelas/cawan je yg gunasemula. rupa straw pon boleh. tima kasih atas maklumat ni. lepas ni jom kita rosakkan kesemuanya.

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...