Gambar dari Encik Google |
Hari ini saya berlegar-legar di Carrefour Subang. Bukan membeli belah, tapi ada urusan kerja yang perlu dilaksanakan. Sedang duduk sendirian menanti seseorang di dalam sebuah cafe, sekumpulan budak lelaki sekolah menengah ada 4 orang kesemuanya datang dan duduk berhampiran saya.
Kemudian salah seorang bertanya " Joe (bukan nama sebenar), mak kau tak marah ke tengok ada love bite kat leher kau tu?". Joe menjawab "Aku cakap dengan mak aku, ni si Jie (bukan nama sebenar) punya kerja. Dia main cubit-cubit leher aku ni". Kemudian mereka ketawa berdekah-dekah.
Tak perlulah saya perincikan perbualan budak-budak dibawah umur ni. Yang ingin saya ketengahkan ialah bila si Joe dengan bangganya berkata "Aku memang sengaja suruh si Siti (bukan nama sebenar) buat love bite kat sini..."
Astaghfirullahhal'azim...
Budak sekolah ada love bite dan berasa sangat bangganya. Kita yang dah kahwin ni pun tau segan dan silu jika ada love bite di leher. Teringat kawan-kawan yang baru kawin siap bertampal koyok dileher kerana ada love bite. Tapi seorang pelajar sekolah dengan bangganya dan tanpa rasa bersalah menayangkan love bite dilehernya untuk tontonan kawan-kawan sebayanya.
Mujurlah dia tak lumpuh masa aksi buat love bite berlangsung. Jika tidak, tentu lain ceritanya. Yang jadi kemusykilan, jika pasangannya buat love bite untuknya dileher, apakah ada balasan love bite untuk pasangannya juga? Dimana? Moga Allah pelihara seluruh keturunan kita dari perkara sebegini.
bukan jarang, tp rasanya tak pernah nmpak lg bangsa lain berlove bite! maluuuuu...
BalasPadamBangsa akhir zaman...
BalasPadamBerbangga selepas membuat dosa dan maksiat...
budak2 baru nak naik. diorang rasa melakukan perkara yang salah itu cool. mintak dijauhkan..
BalasPadamaah pernah jugak tegur anak sepupu pasal love bite nih.. dia boleh kata " alah buat love bite jek bukan sampai nak kena "main" baru boleh buat love bite..." aduh cam nak kasi penampar jek rasanya...
BalasPadamKalau saya bukan takkan penampar, penerajang pun kena dah tu.
BalasPadamBanyak dah sekarang ni dengar cerita budak sekolah buat hal ni..risau dengornya..
BalasPadambetol la tu.. kita yg da kawin ni pun malu nak buat love bite.. nanti apa kata org sekeliling.. budak2 zaman sekang ni.. anggap benda tu da biasa.. subhanallah minta keluarga dan keturunan kita dijauhkan dari semua musibah ini.. insyallah
BalasPadamAlan : Kita kena ambil peduli skrg ni
BalasPadamSiti : Amin...
Astaghfirullahhal'azim...
BalasPadamkat sekolah,bebudak pon kadang mmg sengaja tayang benda tu..entahlah..xkn nk hukum plak sedangkan mak ayah pon x hirau..nanti dikatakan lebih sudu dari kuah....:((
BalasPadambila dah hilang rasa malu..
BalasPadamdasyat bebenar budak2 skunk....pe nk jadila
BalasPadamini bukan hilang malu lagi...tp iman dah tercabut dah ni....erk...incik tak sound directkah??
BalasPadam