Khamis, April 21, 2011

Mati kerana video seks

Gambar Hiasan
Assalamualaikum WBT,

Dari pagi hingga ke petang baru sempat nak membelek-belek akhbar hari ini. Bagi sesetengah orang kalau tak baca akhbar macam tak lengkap harinya. Tapi saya tak kisah. Tak penting sangat pun. Tapi kita kena kisah kalau dalam sehari tak dapat baca quran. Masalah tu.

Biasanya saya kalau baca surat khabar kat pejabat ada 4 surat khabar semuanya hanya mengambil masa tak lebih dari 10 minit. Mungkin juga kurang dari 5 minit sebab baca tajuk je. Tapi bila sampai tajuk yang ini saya terpaksa menekunkan diri untuk membacanya kerana berita agak berlainan dari yang biasa.

Disebabkan dia merakam perlakuan yang menjadi rutin sepasang suami isteri mengakibatkan dia menemui ajalnya. Sungguh menyedihkan keadaan kematiannya. Semoga Allah lindungi kita semua. Akan tetapi terfikir dibenak fikiran tindakan lelaki yang menikamnya walaupun merupakan satu kesalahan, akan tetapi kerana maruah diri dan isterinya telah dicemarkan terasa bagaikan wajar. Namun begitu, tindakannya menjatuhkan hukuman dengan tangannya sendiri merupakan kesalahan disisi undang-undang.

Terfikirkah kita, perlakuan kita dibilik tidur bersama isteri dirakam, kemudian dipertontonkan kepada orang lain. Apa perasaan kita? Semoga Allah melindungi kita dari perkara ini. Dan diharapkan rakaman tersebut tidak tersebar terus kerana benda-benda tak baik ni memang cepat penyebarannya. Yang mati tetap la dah mati. Tapi yang hidup sedang menanggung malu atas perlakuan halal yang dilakukannya.

1 ulasan:

  1. Dalam hal ini kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga ketika melakukan 'kerja halal' agar hasrat 'penjahat' yang nak memalukan kita melalui rakaman video tidak kesampaian....

    Moga Allah melindungi kita semua daripada dimalukan seperti ini...

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...