Jumaat, April 22, 2011

Kepentingan Memuliakan Alim Ulama (1)

Assalamualaikum WBT,

Pada zaman ini, buruk sangka terhadap ulama, sifat tidak peduli malahan menentang dan menghina mereka telah menjadi perkara yang biasa bagi sesetengah pihak. Perkara ini adalah sangat berbahaya menurut pandangan Islam itu sendiri. Memang tidak dinafikan dalam setiap kumpulan orang yang baik, wujud juga orang yang jahat. Begitu juga dikalangan alim ulama.Dalam hal ini dua perkara perlu diberi perhatian.

Pertama
Selagi tidak dapat dipastikan seseorang itu tergolong dikalangan ulama yang jahat, janganlah kita sesekali melemparkan sebarang tuduhan keatasnya. Sekiranya kita menolak nasihat seseorang alim ulama tanpa penelitian terlebih dahulu semata-mata kerana perasaan sangka buruk bahawa dia adalah ulama yang jahat, maka kita telah melakukan kesalahan yang lebih besar lagi.

Rasulullah SAW begitu berhati-hati dalam perkara ini sehingga apabila orang Yahudi menterjemahkan kitab Taurat ke dalam bahasa Arab dan membacakannya kepada para sahabat r.hum, Baginda SAW telah bersabda "Kamu janganlah membenarkan kata-kata mereka dan jangan kamu mendustakannya, katakanlah sahaja - Kami beriman dengan apa-apa sahaja yang Allah SWT turun" (Hadis riwayat Bukhari)

Melalui hadis ini Nabi SAW telah melarang kita daripada membenarkan dan mendustakan terjemahan orang kafir itu tanpa penelitian terlebih dahulu. Sebaliknya keadaan yang berlaku dikalangan kita pada hari ini ialah, apabila ada orang mengatakan sesuatu yang bertentangan dengan pendapat kita maka kita terus menyerang keperibadiannya, dengan tujuan supaya pendapatnya dipandang ringan walaupun dia daripada kalangan ahli haq yang sebenarnya.

Bersambung...


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...