Sabtu, April 02, 2011

Maharaja Lawak


Assalamualaikum WBT,

Namanya pun gah. Mengumpul pelawak-pelawak terhebat dari Raja Lawak 1 hingga 5. Walaupun Amir adalah finalis untuk Raja Lawak 3, namun semua sedia maklum keupayaannya. Jadi, tindakan Astro mengundang Amir mengundang tanda tanya.

Saya memang tak pernah faham dengan lawak yang dibuat oleh Amir sejak dulu lagi. Dan cuba tengok pada minit 1.40 - 1.42, bagaimana penonton terpinga-pinga tak faham kenapa peserta lain seperti menyorak dan ingin menghangatkan suasana yang agak kelam. Hehehehe..

Bab yang paling lawak, bila Amir cakap "no komen" je bagi saya. Ada juga rakan lain yang bersetuju Amir ada dalam rancangan Maharaja Lawak ni sebab bila Amir sedang buat persembahan itulah saat terbaik untuk ke tandas atau pergi buat air kopi didapur. Apa pun, Jozan still the best walaupun persembahan minggu pertama yang ringan je. Kita tunggu minggu seterusnya.

2 ulasan:

  1. Buat Amir,
    bagi sy lawak anda menyakitkan hati..

    i'm sorry......heeeeeeeee

    BalasPadam
  2. ingin tahu >>
    salam....saudara dr dengkil...
    disebabkan blog saudara mempunyai followers yg bernas2 ideanya...ingin sy mendapatkan info tentang satu perkara ni..
    sy..tlh berkahwin di sempadan dp awal tahun ini..dan kini sedang mengandung anak pertama..
    suami sy telah meninggalkan beban pd diri sy seorg dengan pindah ke rumah keluarganya. dan kini sy buntu utk. mencari jalan mendaftarkan pernikahan sy. masalah utama adalah masalah kewangan utk melantik peguam.atas pandangan pihak JAIS sy cuba mendapatkan bantuan biro guaman, tetapi tiada yg mahu membantu...
    harap..saudara dan followers yg lain dpt memberikan pandangan pd sy..

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...