Sabtu, April 30, 2011

Kini, semua orang boleh main Golf.

Assalamualaikum WBT,

Golf seringkali dikaitkan dengan sukan orang kaya. Siapa kata? Saya yang tak kaya ni pun mampu untuk bermain golf. Memang tak dinafikan peralatan untuk bermain golf (Golf set) mempunyai harga yang agak mahal. Ini sebenarnya bergantung kepada jenisnya. Ada yang murah juga sebenarnya.

Mungkin tidak ramai yang menyedari, terutamanya golfer, ada satu laman web khas untuk pencinta sukan Golf. http://www.wgt.com itulah link untuk kita bermain golf secara online dan percuma.


Secara asasnya, permainan secara online ini menarik. Walaupun tidak mendapat kepuasan sebenar seperti bermain di padang golf, namun sedikit sebanyak membantu golfer meningkat corak permainan mereka.

Jadi, apa tunggu lagi. Jom kita main golf. Jika anda berminat nak bermain golf dengan saya, add saya sebagai rakan anda dengan mencari id saya azwandengkil. Selamat bermain golf.


1 ulasan:

  1. budak budak skrg pun dh pandai mntak belikan kayu golf.. ~_~

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...