Sabtu, April 30, 2011

Ikan patin punya penangan

Sumber Gambar : Pahang Delights
Assalamualaikum WBT,

Antara racangan wajib tonton setiap malam minggu adalah Majalah 3. Dari start Majalah 3 wujud aku tak pernah terlepas menonton Majalah 3 kerana banyak info yang bagus dan bersesuaian dengan budaya orang kita kat Malaysia ni.

Malam ni kisah ikan patin dipaparkan. Pergh... Memula tengok ikan patin kat pasar dah buat hati dicuit-cuit nak gi makan ikan patin. Kemudian lepas iklan, ditunjukkan pula ikan patin masak tempoyak satu periuk besar. Memang sajer la TV3 ni kasi aku tak keruan dibuatnya. Rasa esok je nak pergi. Tapi tak boleh sebab dah janji dengan anak-anak nak bawa diorang gi Pesta Buku. Pastu ada kenduri kahwin lagi.

Kebetulan pula Isnin ni cuti. Sebab dah tak tahan tengok ikan patin ni insya Allah hari Isnin aku akan ke Temerloh nak cari ikan patin masak tempoyak pak usop tu. Kalau ada yg nak follow moh le. Kalau ikutkan dari Dengkil ke Temerloh 2 jam lebih gak. Belasah.. Janji dapat makan ikan patin.

1 ulasan:

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...