Jumaat, April 08, 2011

Karnival Hari Shapadu 2011


Assalamualaikum WBT,

Group Managing Director Shapadu , Shafiz Shahrani ex-classmate saya telah menghantar satu email kepada saya meminta saya memanjangkan program yang akan diadakan oleh Shapadu Corporation Sdn Bhd yang diberi nama Karnival Hari Shapadu 2011. Program selama 4 hari 3 malam (14/4/2011 - 17/4/2011) itu akan diadakan di sekitar Bandaraya Shah Alam. Tentatif program adalah seperti berikut :-

Klik untuk lihat dengan jelas

Banyak aktiviti-aktiviti yang telah diatur untuk Karnival Hari Shapadu tersebut dan yang tentunya sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Karnival yang ini sudah tentunya tidak semeriah Karnival Jom Heboh kerana tiada konsert, namun inilah cara sebenar untuk mengadakan karnival bagi rakyat Malaysia yang majoritinya Islam.

Permulaan acara dengan bacaan yassin dan tahlil yang akan dipimpin oleh Ustaz Dato Dr Harun Din dan pada malam minggu (16/4/2011) Forum Perdana Ehwal Islam akan menampilkan Ustaz Zamri (Mari Mengaji) sebagai moderator, serta barisan panel seperti Ustaz Wan Sohor Bani Leman, Ustaz Dr. Zahazan dan Ustaz Shukri (Al-Kuliyyah).

Banyak lagi pengisian bagi Karnival Hari Shapadu 2011 antaranya Kejohanan Basikal Kriterium, Amazing Shah Alam (Treasure Hunt) dan Larian Amal Shah Alam. Borang-borang penyertaan boleh didapati di Laman Web Kelab Sukan & Rekreasi Shapadu . Orang ramai dijemput hadir ke karnival ini dan diharapkan ada manfaat yang akan diperolehi pada karnival itu nanti.

1 ulasan:

  1. Terima kasih atas informasinya. Saya yg duduk Shah Alam pun tak tau ada karnival ni. Pasti akan datang bawa anak-anak sekali.

    -Orang Seksyen 18, Shah Alam-

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...