Khamis, Mac 31, 2011

Perlukah berpantang selepas bersalin?

Assalamualaikum WBT,

Tiba-tiba teringat nak tulis topik ni bila isteri tanya "Bang, abang tengok kalendar tu bila saya habis pantang?"
Berpantang selepas melahirkan anak ada yang 40 hari, ada 44 hari, 60 hari, 90 hari malah 100 hari pun ada. Huh... Jenuh.

Yang kesiannya, jenis yang berpantang makan benda-benda berdarah. Kena makan ikan bilis yang disangai je. Bayangkan la 100 hari itu je makanannya. Memang kurus kering jawabnya. Muka pun naik pucat lesi takde darah. Doktor pakar sakit puan pun hairan, kenapa orang Melayu bila lepas bersalin, nak makan itu tak boleh, nak makan ini tak boleh. Kesian ibu-ibu yang lepas bersalin. Darah banyak yang keluar. Tenaga pula habis digunakan. Kemudian dihidangkan pula dengan makanan yang tak memberi tenaga langsung. Jangan kata 40 hari, 1 tahun pun orang lepas bersalin boleh jadi tak sihat-sihat dibuatnya.

Yang kedua, berpantang dalam hubungan suami isteri. Kenapa nak ditangguh-tangguh sampai 100 hari. Kesian suami tu. Yang kuat iman dan sabar mungkin tidak akan jadi apa-apa. Bagi yang tak sabar dan lemah imannya bagaimana pula? Sebab itu ada macam-macam kisah kelakuan suami sewaktu isteri sedang berpantang. Ada rakan saya, selepas saja isterinya telah suci dari nifas, dia terus akan 'mendatangi' isterinya. Tak jadi apa pun. Sihat je pulak. Ramai dah anaknya.

Jadi kenapa perlu berpantang? Alasan yang paling biasa ialah supaya bila dah tua nanti badan tu sentiasa segar dan sihat je. Ye ke? Ada ke wanita-wanita yang tua masih cergas dan bertenaga setelah berusia? Kalau lelaki memang ramai kita temui.

Kalau disuruh berpantang dari buat kerja-kerja berat memang saya setuju sangat. Inilah masa wanita-wanita hebat ini berehat untuk melakukan rutin harian mereka. Saat mereka melahirkan anak, terlalu banyak tenaga dicurahkan dan banyak juga urat-urat yang putus. Jadi, berehat dari melakukan kerja harian, makan dengan makanan yang berkhasiat dan lazat serta urutan yang menyegarkan sangat diperlukan pada masa berpantang ini. Bukan mendera mereka dengan makanan yang langsung tidak mengembalikan seri diwajah mereka.

Bagaimana saya menjaga isteri sewaktu berpantang? Sudah tentu setiap minggu saya akan beli 3 ekor ayam kampung untuk hidangan utamanya sewaktu berpantang. Kesannya, masuk minggu kedua, isteri sudah kembali ceria seperti biasa. Bahkan diminggu pertama lagi, sudah sihat seperti anak sudah sebulan lahirnya. Petua orang dulu-dulu kita hormati tetapi dalam masa yang sama kita turuti apa yang perlu untuk mereka sebenarnya.

6 ulasan:

  1. Salam saudara..
    semoga sihat hendaknya..
    sebaiknya berpantanglah selepas
    bersalin..kesannya akan di rasai
    jangka panjang..orang tua2 dulu
    buat bersebab..
    :D

    BalasPadam
  2. Siti Hajar Banting1/4/11 8:40 PG

    saya pun baru lepas bersalin anak ke 4.. saya setuju.. lepas bersalin mmg kena berpantang.. pantang makan benda2 sejuk tujuannya supaya urat tak kembang, pantang drpd buat keja berat utk mengembalikan tenaga & menguatkan rahim yg sedang dlm proses mengecut tu.. tp saya sendiri mmg tak setuju kalau pantang cuma mkn ikan bilis jer.. mak saya pun org lama dah umo 7o tahun gitu, tp dia sendiri bg saya mkn ayam,ikan, sayur, daging etc asalkan makanan tu x memudaratkan saya & baby.. kalau psl utk jgka masa pjg, saya berpendapat pantang lah makan utk jgka masa pjg juga.. jgn cuma jaga bagai nak rak masa dlm tempoh 40 hari tp lps tu bertahun hirup ais, makan x ikut sukatan betul, rahim x jaga & supplement x sentuh langsung...

    BalasPadam
  3. setuju dgn dua2 pendapat yg di atas..Akak punya stail..pantang tu..44 hari...selepas tu..kalau kering nifas..maka dah boleh bersuci..Tapi..kdg2 tu nifas ni lambat kering..bergantung pd seseorang tu..jadi tunggulah sampai betul2 kering.tapi tak de lah sampai 60 ke 100 hari.Tentang makan tu..kena makan yg berkhasiat masa pantang..asal tidak yg berangin/pedas..Akak masa berpantang...lepas seminggu bersalin..org tak sangka yg akak dlm pantang...heee..

    BalasPadam
  4. sokong jugak tu,...takkan la boleh mkn ikan bilis je..bukannya bnyk khasiat tu..bdn pun perlukan khasiat2 lain jugak..ada baiknya jugak cara berpantang org2 tua dulu2.cumanya berpada2 la..skarang tak sama mcm dulu..berpantang pada yg ptt yg tak mudarat..tu pandangan sy la..

    BalasPadam
  5. sangat perlu berpantang...untuk mengembalikan semuanya ke keadaan asal...kesannya pun utk jangka masa panjang...insyaAllah...

    BalasPadam
  6. Syuhada Ariffin1/4/11 6:22 PTG

    certain org fikir lps bersalin punya pantang will guarantee their good health sampai tua,nk pastikan kesihtn yg baik is a long effort,kena sentiasa maintain jaga,bukan nya masa pantang x mkn benda2 x de khasiat tp after 44 days main suka2 je mkn itu ini and apa gunanya effort dlm pantang td?if dah tua2 sakit itu ini,bukn x pantang aftr bersalin yg perlu disalahkn,but salahkn attitude in looking after yourself sepnjg umur yg ada

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...