Sabtu, Mac 26, 2011

Macam tak percaya je.


Assalamualaikum WBT,

Merenung anak aku yang kelima, rasa macam tak percaya je yang anak aku dah ada lima orang. Ye, lima orang atau sebelah tangan. Tapi bila check2 balik rakan2 sebaya pun ada yang dah empat orang. Kira aku berjaya terus didepan. Hehehe.

Begitulah cepatnya masa berlalu. Hingga dah sampai anak yang kelima pun masih terasa macam baru je berkahwin. Sebab itulah, dunia dikatakan hanya sebuah jambatan serta senda gurau belaka. Terlalu sekejap rasanya kita berada didunia ini. Tak percaya, cuba tanya pada datuk nenek kita yang masih hidup. Mereka masih terasa kesusahan zaman penjajah. Bagaikan baru semalam kata mereka.

Putaran waktu yang semakin jauh meninggalkan kita adakah telah menjadikan kita insan yang Allah suka? Cukupkah bekalan yang kita akan bawa setelah kita melepasi jambatan dunia? Peringatan untuk sendiri yang sering terlupa.

Merenung satu-satu wajah anak, terasa diri sudah semakin dimakan usia. Amanah yang Allah bagi ini harus dibentuk menjadi insan yang taat pada segala perintahNya dengan mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW. Moga Allah terima niat dan hasrat hati ini agar anak lelaki aku ini akan menjadi seorang hafiz dan dai'e satu hari nanti. Setakat ini, belum ada ilham nak letak namanya. Semoga Allah ilhamkan yang terbaik untuknya.

3 ulasan:

  1. Tahniah dah anak berjumlah sebelah tangan..
    mudah2an berbahagia hingga di Sana kelak..mudah2an anak2 menjadi anak yg soleh dn solehah

    BalasPadam
  2. Buat aqiqah nnti jangan lupe jemput BG... :)

    BalasPadam
  3. Terima nyanyisunyi.
    BG : Plan nak buat Selasa malam Rabu. Org lelaki kat masjid, org pompuan kat rumah. Tp tak confirm lagi.

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...