Jumaat, Mac 25, 2011

Hukum Bunuh Diri


Assalamualaikum WBT,

Manusia semakin hilang kewarasan. Percubaan membunuh diri dan kes-kes bunuh diri meningkat saban tahun. Apapkah dengan membunuh diri segala masalah yang dihadapi ketika itu akan selesai. Mungkin dari kotak fikirannya segala kekecewaan, kesusahan, keperitan, kepayahan yang dihadapinya akan lenyap dengan cara membunuh diri. Tapi tidakkah mereka-mereka yang membunuh diri ini sedar akan wujud satu masalah yang lebih besar lagi selepas sahaja dia berjaya membunuh dirnya. Bersusah payah ibunya melahirkan dirinya ke dunia. Senang-senang pula dia hendak mematikan dirinya.

Orang yang membunuh diri termasuk dalam golongan orang-orang berdosa besar. Mereka yang berbuat maksiat sebesar mana pun tetapi sebelum matinya sempat bertaubat pada Allah SWT mungkin ada jaminan terbaiknya disana nanti. Tetapi bagaimana pula dengan mereka-mereka yang membunuh diri ini. Melakukan satu dosa besar disaat kematiaannya.

Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.
Abu Hurairah R.A. meriwatyakan dari Nabi S.A.W. Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.
Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.
Daripada Jabir bin Samurah R.A. katanya yang bermaksud “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)

Jadi, kenapa perlu bunuh diri? Mungkin masalah didunia akan lenyap. Tetapi satu masalah yang sangat panjang waktunya yang tidak dapat dibayangkan akan menghantui kita selepas sahaja usaha membunuh diri itu berjaya. Pokok pangkal dari masalah ini adalah iman yang rosak. Kerana itulah Nabi SAW bersabda:  “Perbaharui iman kamu”. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kami memperbaharui iman kami?”. Beliau menjawab, “Perbanyakkanlah mengucap Laa ilaaha illallaah.”
(Hadis hasan diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan At Thabrani).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...