Assalamualaikum WBT,
Tindakan kartunis Zoy dari Berita Harian melukis gambar diatas adalah satu perbuatan biadap dan kurang ajar disaat warga Jepun sedang mengalami situasi yang cukup kritikal ketika ini.
Kesan gempa bumi yang tidak akan dilupakan oleh mereka sepanjang hayat, disusuli pula dengan tsunami yang meranapkan apa sahaja dilaluannya, dan kemudian kebocoran loji nuklear yang mengancam mereka yang terselamat pada masa ini.
Walaupun Berita Harian telah memohon maaf , akan tetapi begitu mudahkah nak kita maafkannya. Esok buat salah minta maaf lagi. Apa nak risau. Rakyat Malaysiakan pemaaf.
Berita Harian satu nama yang besar bagi Malaysia, dan perbuatan ini seperti direstui oleh seluruh rakyat Malaysia pada pandangan rakyat negara luar khususnya rakyat Jepun. Jadi, satu tindakan lebih tegas perlu diambil keatas mereka yang bertanggungjawab sehingga tersiarnya ilustrasi terbabit di akhbar perdana negara.
Mohon rakan pembaca mengundi apa tindakan sesuai dikenakan keatas semua mereka yang terlibat ini. Undian ada dibahagian atas blog ini dan akan ditutup pada 15 Mac 2011 jam 8.00 pagi. Kerjasama anda sangat dihargai. Terima kasih.
sebelum apa2 tindakan diambil selidik dulu apa2 yang patut,then baru judge camne ..:)
BalasPadamas salam Azwan,
BalasPadamdah undi dah, memang tak sensitif langsung mereka ni dengan musibah yg menimpa rakyat Jepun
moga negara kita dilindungiNya
Assalamu'alaikum..
BalasPadamSepatutnya pihak editorial periksa dulu sesuatu bahan sebelum disiarkan..
Dan sepatutnya semua pihak yang terlibat memikirkan dahulu implikasi akibat sesuatu bahan itu apabila disiarkan..
Bayangkan jika perkara yang sama berlaku kepada kita dan ada pihak luar menyiarkan bahan yang lebih kurang sama di dada akhbar mereka..
Apa perasaan kita pada masa itu..
Sekadar pendapat sekupang saya...
kesilapannya dari pihak pengarang yg menyiarkan kartun tersebut.
BalasPadamHai, dah undi dah.....
BalasPadamkartunis yg sudah kehabisan idea cm ni la jd nye, nk blawak pun biar lah bertempat, aku syorkan pasni Berita Harian tukar nama jadi Berita Hairan!! :D
BalasPadamissh tak patut... benda ni tak leh dibuat main2...
BalasPadamaku sokong kartunis ni...biasa le kan...orang melayu ni mudah melatah...mudah memaafkan...mudah kasihan...segala-galanya mudah...sebab tu lah bangsa melayu di malaysia ni da hampir tergadai...jawapan nya juga MUDAH...pasalkartun cmtuh pun nak kecoh..sampai siap wat undian lagi..apala malang melayu ni...lihat dengan hati bukan dengan mata ...anda akan nampak rasional nya.......
BalasPadamMazri,
BalasPadamDi Facebook Berita Harian, semua bangsa mencemuh tindakan BH. Nampak remeh, tapi yang melakukannya adalah sebuah organisasi besar dan membawa nama negara. Jika kita sbg pemerhati mendiamkan diri, tidak mustahil kesilapan sama akan terus berulang dan berulang lagi.
ape ar lu org nie..bnde cmnie pn nk kecoh..pasal kartun nie pn siap nk ngundi ar,hbs 2 iklan yg mnghina islam korang snyap plak..nie ar melayu.
BalasPadamAda ke orang Islam yang diam bila Islam dihina?
BalasPadamKita bercakap kerana isu ini melibatkan maruah negara pada keseluruhannya. Takkan itu pun susah nak faham.