PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
Baca lanjut di Berita Harian Online .
Persoalannya ialah kenapa nak tunggu 1 Mac 2012?
Memanglah kesannya tak nampak sekarang. Tapi bila sudah ada keraguan, kerajaan sepatutnya mengambil langkah proaktif dengan membuat pengharaman dalam masa yang terdekat. Bukannya menangguh sehingga ke 1 Mac 2012.
Dalam masa hampir setahun, berapa banyak botol yang akan dikeluarkan oleh pengilang-pengilang dan selepas ini kita akan lihat promosi besar-besaran akan dijalankan oleh syarikat yang mengeluar dan menjual botol terbabit bagi menghabiskan stok-stok keluarannya. Bagi yang sedia maklum akan bahaya mungkin tidak terpengaruh dengan promosi tersebut. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang ketiadaan maklumat akan memborong botol-botol tersebut untuk kegunaan bayi dan anak-anak mereka.
Tidak pasti lagi berapa ramai bayi kini akan mempunyai risiko penyakit yang berbahaya untuk masa akan datang, tapi penangguhan pengharamannya mungkin akan menambah lagi bilangannya. Sakit dan sembuh adalah daripada Allah, kita hanya mampu berusaha untuk mengelakkannya. Jangan nanti generasi yang lahir pada hari ini akan jadi generasi yang berpenyakit apabila dewasa kelak.
Memang sangat bahaya.. Gunalah botol bpa free. Brand pureen harga botol bpa free termurah.
BalasPadamhttp://akulahaquarius.blogspot.com/2010/11/watch-out-for-bpa-in-baby-bottles.html
http://akulahaquarius.blogspot.com/2010/11/pureen-warehouse-sale-pj.html