Selasa, Mac 15, 2011

Kutu-kutu


Assalamualaikum WBT,

Selepas ini denda sebanyak RM500,000.00 akan dikenakan kepada mana-mana syarikat yang menganjurkan perniagaan skim kutu berbanding denda RM5,000.00 sekarang ini. Ini dikemukakan oleh Dato Seri Ismail Sabri di Dewan Rakyat hari ini.

WOW!! Banyak tu. Denda RM500,000 berbanding RM5,000 dengan kenaikan 100 kali ganda. Kenapa banyak sangat kenaikkannya? 100 kali ganda. Bagaimana pula dengan individu yang menganjurkan permainan kutu-kutu ni? Adakah denda yang sama?

Permainan kutu-kutu terutamanya bagi masyarakat dikampung sangat popular dari dulu hinggalah kini. Malah permainan ini berterusan dari emak kepada anak kepada cucu kepada cicit. Mungkin juga ada sampai kepada piut. Dengan duit permainan kutu-kutu inilah ibu-ibu yang tidak bekerja dapat membeli barang idaman mereka.

Tapi kerajaan hari ini menyatakan salah disisi undang-undang permainan kutu-kutu ni. Namun demikian dalam Islam, tidak haram kerana wang yang terkumpul adalah hasil wang sendiri dan tiada unsur-unsur riba disitu. Tidak pasti apa alasan kerajaan mengatakan salah, namun pada pendapat saya ianya mempunyai risiko yang tinggi dan akan menyebabkan kerugian pada satu-satu pihak jika berlaku penipuan.

Namun begitu, proses permainan kutu ini masih terus berlangsung hingga kehari ini dan kini dengan bermacam cara. Selamat berkutu-kutu. Jangan ada kutu sudah.

3 ulasan:

  1. Teringat dulu2 menindas kutu. Seronok mendengar bunyinya, tambah2 kalau dapat telur kutu yang 'bernas'. :)

    BalasPadam
  2. di ofis saya sistem kutu dah menjadi satu kemestian... itulah satu2nye cara menabung yg amat berkesan dan berdisplin.

    BalasPadam
  3. mmg dah sebati dgn kutu2....nk bukak sekolah bulan january...dapat kutu2 pulak bulan disember....emmm...sampai sekarang x de masalah kewangan pun bila tiba musim persekolahan....walaupun ank yg sekolah ramai.

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...