Khamis, Mac 24, 2011

Irfan lahir sebagai anak ke-5.

Assalamualaikum WBT,

Seperti yang telah saya janjikan. Tepat pukul 10.00 pagi saya akan mengumumkan anak saya yang baru lahir pada jam 11.30 malam tadi di Hospital Serdang. Ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai semua ingin mengetahui perempuan lagi ke, atau lelaki ke.. Dan Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... Irfan telah lahir sebagai teman saya untuk ke masjid. Ya Irfan... Maknanya anak saya lelaki lah..

Bagi Ashraf Hakimi, cucu tunggal lelaki emak dan abah saya sudah ada rakan untuk dia bermain bersama. Jika selama ini dikelilingi sepupu-sepupunya yang semua perempuan. Takkan saya nak letak nama anak saya Irfan je? Kakak-kakaknya semua pangkal Nurin dan ada sambungan 8 huruf dibelakangnya. Jadi mohon bantuan semua, mungkin ada nama sesuai untuk digandingkan bersama Irfan.

Tengah buntu ni nak mencari nama. Mohon pertolongan semua pembaca. 8 huruf ye. Irfan --------? Sebaiknya ada makna sekali. Terima kasih membantu.

5 ulasan:

  1. Wahhh..tahniah2.
    susah jugak nk cri yg 8 huruf ni..panjang pun bleh than..hehe

    irfan = perkenalan, pengakuan
    cadangan sy,
    Zulfiqar = name pedang milik Saidina Ali yg dihadiahkan oleh Rasulullah s.a.w.

    Irfan Zulfiqar..erkk sesuai kot
    atau

    Izzuddin = Kemulian dan ketinggian Agama

    BalasPadam
  2. assalamualaikum,

    tahniah..tahniah..

    semoga irfan membesar sebagai anak yang soleh di samping kakak-kakaknya yang solehah.

    tang nama tu, saya saya tak ada pengalaman..tak tahu.

    apapun, nanti upload gambar si cilik ye.

    BalasPadam
  3. Kalau orang rumah nama unik 'RUZLIFAH', carilah pangkal R juga...

    Rafiqin = Pendamping
    Rafiuddin = Pendukung agama

    Sorry, tak jumpa yang berhuruf 8...

    BalasPadam
  4. Maaf menyelit....'Nuqman' = Irfan Nuqman...

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...