Rabu, Mac 23, 2011

Adakah Nurin Yang ke-5?


Assalamualaikum WBT,

Hari ini insya Allah akan lahir anak saya yang ke-5. Isteri telefon sebentar tadi sudah mula rasa sakit dan tanda-tanda kelahiran sudah mula ada. Tunggu laluan keluar terbuka hingga ke 4cm kemudian akan terus dibawa ke labor room. Catatan mengenai kelahiran anak saya yang ke-4 ada saya buat disini.

Buat ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yang mengenali, semuanya teruja nak tahu anak ke-5 (yang  ke-6 mengikut doktor) yang bakal lahir ni samaada lelaki atau perempuan. Seperti gambar diatas, keempat-empat anak saya buat masa ini adalah puteri semuanya. Dan kesemua nama mereka bermula dari pangkal Nurin. Nurin Nadhirah, Nurin Zulaikha, Nurin Maisarah dan Nurin Safiyyah. Adakah Nurin juga yang akan dilahirkan atau Irfan? Irfan nama pangkal pilihan isteri sejak dia mengandungkan anak kami yang kedua lagi. Dan yang menariknya, lima nama didepan adalah bersamaan dengan bilangan nama saya Azwan dan lapan nama kedua adalah bersamaan dengan nama Ruzlifah isteri saya.

Bagi saya secara peribadi, lelaki atau perempuan bukanlah yang utama, tetapi sihat tubuh badannya dan sempurna kelahirannya sudah cukup memadai buat saya. Saya menerima apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada kami sekeluarga. Buat keluarga, saudara mara dan rakan taulan yang tak sabar menanti kelahiran anak kelima saya, insya Allah akan saya usahakan untuk update dari labor room samada Nurin atau Irfan yang bakal lahir. Buat masa ini doa kalian semua adalah sangat-sangat diperlukan.

1 ulasan:

  1. mudah2han dipermudahkan kelahirannya.... terasa sayu lak... sbb terlalu merindukan suara tangisan bayi dlm rumah tangga kami...

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...