Rabu, Mac 30, 2011

Aliff Safiuddin






Assalamualaikum WBT,

Hari ini genap tujuh hari Aliff Safiuddin dilahirkan. Urusan akikahnya pun selesai dilaksanakan. Istimewa juga hari ini tali pusatnya telah tertanggal dengan sendirinya.

Esok sessi mencukur rambutnya akan dijalankan. Dan seperti biasa, mamanya akan mencukur rambut sepertimana yang telah dilakukan ke atas kakak-kakaknya. Esok juga nak pergi JPN untuk mendaftarkan nama dan kelahirannya. Aliff yang bermakna kawan rapat dan Safiuddin yang bermakna kesucian agama akan menjadikan Aliff Safiuddin seorang manusia yang sentiasa menjadikan agama sentiasa rapat dengan dirinya dalam setiap ketika dan keadaan. Amin...

1 ulasan:

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...