Selasa, Februari 15, 2011

Rupanya masih ada yang bangang


Assalamualaikum WBT,

Sedih bila baca Berita Harian Online dengan tajuk Ratusan di cekup Ops Cegah Maksiat Hari Kekasih. .

Puas aku merayu kat dorang-dorang ni dalam posting aku lepas. Tapi mereka-mereka ni masih berdegil dan dalam kata lain masih BANGANG. Nak kata dorang tak tau keharaman V-Day ni, yang ditangkap tu bukan calang-calang orang. Ada penuntut IPT dan ada juga penjawat awam.

Tapi aku rasa operasi yang dibuat tidak meluas kerana jika kita lihat sendiri operasi lebih banyak tertumpu ke hotel-hotel bajet. Bagaimana dengan hotel-hotel 3 bintang dan keatas?

Mungkin pihak berkenaan kena buat penguatkuasaan ke atas hotel-hotel pula selepas ini. Pasangan-pasangan yang hendak check-in perlu mengemukakan sijil nikah terlebih dahulu. Dan penguatkuasa mempunyai hak jika mendapati hotel terbabit menyewakan bilik pada pasangan yang belum nikah maka, saman saja hotel tu. Jangan tau nak kutip keuntungan sahaja.

7 ulasan:

  1. Salam Maulidur Rrasul...

    Penguatkuasaan kepada hotel, saya sangat setuju. Sebab bila di check point ada buat saringan, benda-benda gini dapat dikurangkan.

    Cuma ada satu masalah, hendak ke hotel beri kerjasama? Kerana menolak guest, bermakna menolak wang masuk. Hotel2 yang pemegang sahamnya orang2 kafir, tentu tak heran dengan saranan ini...

    BalasPadam
  2. salam

    budak baru bercouple macam tu lah.

    masalahnya buat dosa juga. lepas zina, sah-sah nanti banyak kes buang bayi di dada akhbar.

    berkaitan hotel budget tu, saya dan suami pernah di sergah dengan pegawai yang bertugas.

    walaupun di minta tunggu sebentar kerana mahu berpakaian lengkap, mereka bertindak ganas dan kurang ajar pula.

    sudah la begitu, kita lampirkan dokumen yang sah, dia kata kita tipu pula.

    jadi gaduh juga waktu itu.

    yang saya geram, bilik-bilik lain penuh dgn remaja yang sedang bermadu kasih tetapi mereka tidak serbu.

    difahamkan tauke hotel itu sudah sogok sedikit. mereka serbu bilik saya hanya untuk syarat.

    entahlah..semoga bukan semua pegawai macam ni

    BalasPadam
  3. Setuju. Seharusnya tidak ada pilih kasih dalam menegakkan kebenaran.

    BalasPadam
  4. tegakkan islam .. pasti jaya.. bukan bangsa perlu di tegakkan ...

    BalasPadam
  5. kalau boleh kita tak mau 8 atau 9 bulan lepas ni, statistik pembuangan bayi, dan pendaftaran bayi tidak sah di jabatan pendaftaran meningkat..sangat setuju dgn pendapat kemukakan sijil/kad nikah semasa check-in. sangat mudah, tapi kenapa payah untuk dilaksanakan yer?

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama18/2/11 9:56 PG

    ade yg kene tagkap di hotel bajet dengkil tu.....

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama8/3/11 12:32 PG

    hanya berkongsi :
    sewaktu suami amik saya dari kursus di perak, kami singgah ke sebuah hotel di s.alam.sbb jabatan hanya sediakan bas sampai ke kl shj, kami bercadang nk check in hotel juz utk mandi n refreshkan badan, staff kat kaunter tanya, nak yg 4jam ke? suami sy tanya: aik, ada yg 4jam ke? blhla..... staff tu cakap, biasa klu lelaki2 muda ni mmg nak 4jam je...utk 'tu' je...
    suami terus kuarkan kad kawen,sambil ckp : tgk org skit ye dik, anak dah 2org kat umh nu,
    STAFF HOTEL SENDIRI PUN MCM ALA2 MEMBERI GALAKKAN LA PULAK...

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...