Selasa, Februari 15, 2011

Kesian Blogger dan Jabatan Agama

Assalamualaikum WBT,

Tertarik dengan tulisan rakan blogger Marni yang menyiarkan tajuk Fatwa vs Tindakan. Memang aku dok perati gak kalau2 ada stesen TV dan radio yang menyiarkan iklan mempromosikan Valentine's Day ni. Tapi dalam pencarian tu memang tak jumpa. Alhamdulillah...

Namun disebalik ketiadaan promosi dalam bentuk iklan yang jika pada satu ketika dulu memang rancak, lain pula kaedah promosinya. Blogger-blogger yang perihatin bertungkus lumuslah siang malam menyusun ayat yang terbaik agar pasangan-pasangan Islam mahupun yang sudah bernikah atau belum, tidak meraikan Valentine's Day. Jabatan Agama Islam di setiap negeri bertungkus lumus memberi amaran dan membuat tindakan penguatkuasaan.

Tapi apa kan daya. Pengaruh TV sangat kuat dalam masyarakat kita. Kenapa perlu disiarkan cerita-cerita berbentuk percintaan yang romantis yang bersesuaian dengan tema Valentine's Day itu sendiri. Tak lain tak bukan memang bertujuan merangsang pasangan yang bercinta ni merasai kehangatannya dan seterusnya akan meraikan hari yang telah dilarang keras untuk diraikan. Akibat promosi secara tersirat ini, yang tak ingat Hari Valentine pun boleh jadi ingat dan seterusnya meraikannya.

Nah, kesian blogger-blogger semua dan kesian juga buat penguatkuasa jabatan agama. Rupa-rupanya ada medium yang lagi hebat dalam menggalakkan perkara yang dilarang ini berterusan. Ditambah pula dengan statement bangang ini yang terus menimbulkan kekeliruan...

3 ulasan:

  1. Media tidak sedar, sebenarnya mereka akan memikul dosa-dosa 'kering' yang mereka tidak tertanggung di akhirat kelak.

    Semoga mereka yang terlibat diberi taufik dan hidayah. Amiin.

    BalasPadam
  2. jgn terkejut ya...akak k-poh klik kat link yg azwan tinggalkan di cetbox akak..yg keluar ialah website "megasite of Bible"..Tapi bila akak google http://www.azwandengkil.blogspot.com baru jumpa blog ni. Beza hanya pada www saja.Harap azwan dpt betul kan..manalah tahu ada yg hot pulak.
    sebenarnya anak sedara akak pun dah kena cam ni..hanya silap pd titik jer dah keluar website kristian ni..

    BalasPadam
  3. ohhh..jadi www tu tak silap yaa..sbb akak pun tak buh www..hanya dgn satu huruf tercicir je..dah pegi kat web kristian..huh...

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...