Jumaat, Februari 25, 2011

Penagih Facebook


Assalamualaikum WBT,

Biasanya kita panggil Penagih Dadah. Tapi untuk pemilik akaun Facebook yang tidak lengkap hidupnya sehari dan akan memperuntukkan berjam-jam sehari mengadap Facebook kita gelar Penagih Facebook. 
Kenapa? 
Gambar diatas telah menceritakannya.

Facebook is digital heroin

Jadi, jika tidak mahu digelar penagih, hentikanlah tabiat mengadap Facebook berjam-jam sehari. Akan tetapi jika anda rasa hari anda tidak lengkap tanpa anda membuka akaun Facebook anda, anda masih boleh digelar penagih. Tapi bukanlah penagih kepada benda yang diharamkan. Cuma penagih Facebook je. Tapi jika semua urusan harian terabai dan rutin seharian turut berubah hinggakan solat pun jadi lewat sudah sah-sah haramnya. Kita yang gunakannya, jadi kita kena bijaklah untuk mengawalnya.

4 ulasan:

  1. dah lama tak aktif berfacebook

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah....sekarang dah tak macam dulu....hehehe..sedar sudah...

    BalasPadam
  3. Masa permulaan berkenalan dgn FB mmg ada serasa ketagih, maklumlah klu selama ini melalui emel atau blog, ambil masa utk dptkan respon balas, tp berlainan dgn FB, pantas dan cargas jer masing-2 berbalas komen, mmg teruja...namun masih menjaga batas-2, hanya selepas selesai semua urusan penting baru lah jengah, klu dulu sehari tk masuk fb mmg tk keruan, sekarang dah suam-2 kuku, takat 3 - 4 hari dah tk kisah, kadang status tu makan minggu tk bertukar....

    BalasPadam
  4. BG pun tak berkenan dengan fB. Padahal, antara yang terawal register, mid 2008.

    1st impression on fB... "eeee teruknya, macam budak-budak punya game."

    Skrg lagi nyampah sbb asyik-asyik kena 'tag' aje, pdhal takde kena mengenapun dgn gambor yg di'tag' tu..

    **sigh**

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...