Rabu, Februari 16, 2011

Meroyan - Punca dan rawatan


Assalamualaikum WBT,

Giler kentang pagi-pagi tajuk macam pakar sakit puan lak aku ni. Tapi aku tak kira, aku nak tulis gak. Kalau ada kekurangan dan kesilapan perbetulkanlah ye.

Terkejut semalam bila baca berita ini yang mana kes bunuh anak sendiri ni makin membimbangkan. Lagi berita mengenainya ada disini dan disini.

Sebagai manusia yang waras sukar kita nak memikirkan bagaimana seorang ibu tergamak membunuhnya anaknya sendiri. Anak yang dikandung selama 9 bulan lebih, dan bila sudah berada didepan mata boleh sewenang-wenangnya dibunuh. Adalah satu perkara yang tidak masuk akal. Kenapa ini terjadi?

Meroyan atau rayan (juga dikenali dikalangan ahli perubatan sebagai Postpartum depression - PPD) merupakan satu bentuk kemurungan klinikal (clinical depression) yang menjejaskan wanita, selepas melahirkan anak. Ini boleh berlarutan dalam jangka masa yang lama dan akhirnya menyebabkan pengidapnya menjadi kurang siuman. Inilah punca utama kenapa ibu-ibu tadi tergamak membunuh anaknya.

Meroyan terjadi disebabkan tekanan perasaan yang keterlaluan dan tidak diberi perhatian. Kebanyakkan wanita suka memendamkan masalah yang dihadapinya. Bila telah sampai kepada klimaks, keadaan sudah tidak boleh dikawal yang akhirnya mengakibatkan perasaannya bercampur baur dan sukar untuk dikawal. Diwaktu inilah kelakuannya akan jadi seperti orang yang tidak siuman dan akan berakhir dengan sesuatu yang sangat tidak diingini.

Antara rawatan yang dicadangkan jika berlaku meroyan adalah seperti berikut :

* Penilaian perubatan untuk menyingkir masaalah physiologi
* Terapi kelakuan kognitive (Cognitive behavioral therapy (contoh: (Psychotherapi)
* Kemungkinan ubat-ubatan
* Kumpulan sokongan
* Lawatan rumah/pelawat
* Permakanan kesihatan
* Pola tidur yang tetap/sihat

Dan sebagai jalan pencegahannya, perkara sepert ini perlu diambilkira untuk diamalkan.

* Sentiasa berzikir pada Allah SWT
* Tidak memendam perasaan utk tempoh yang lama
* Sentiasa berfikiran positif

Menulis blog mungkin satu kaedah yang sesuai bagi meluahkan rasa ketidakpuasan yang bersarang dalam hati. Kadangkala wanita-wanita ini tidak mempunyai teman untuk berbicara dan menulis diblog satu langkah yang saya fikir ada keberkesanannya. Mungkin belum ada fakta kerana tiada lagi kajian dibuat mengenainya, tetapi cubalah.

3 ulasan:

  1. letakkan anda dalam kehidupan mereka.. please do more research..

    BalasPadam
  2. mintak dijauhkan..masa dalam hari,kalau terlalu ikut hati segala kemungkinan boleh jadi.Alhamdulillah dah berpantang 5 kali pon..saya sentiasa tabah dan ceria..w/pon kdg2 rasa stress sgt.Skrg ank2 pon semuanya dh besar.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..terimakasih dengan post ini..sebenarnya kasihan dengan perempuan yang bersalin dan berpantang..mereka perlukan sokongan dan dokongan dari orang sekeliling terutama suami dan keluarga.
    Diri mereka juga harus kuat. Kena banyak mendekatkan diri kepada Allah dan jangan selalu ikut perasaan. Kadang - kadang ada gangguan halus.

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...