Isnin, Februari 07, 2011

Cinta Online Punya Penangan






Salam...

Baru sekejap tadi menonton Buletin Utama dan terkejut masih lagi ada kes penipuan cyber ni. Padahal dah berulang kali diingatkan dan bermacam2 saluran di alam maya ni telah berkongsi cerita yang sama tentang sindikit ini. Forum-forum di yahoogroups, blog-blog, Facebook dan macam2 lagilah. Kalau nak disenaraikan kesemuanya mau kejang tangan aku nak menaipnya.

Kes penipuan pastinya melibatkan wang ringgit. Dengan hanya bermodalkan kata-kata manis sudah cukup untuk mengutip ribuan ringgit dan si pemberi berputih mata dan kecewa kerana tertipu dengan cinta palsu ataupun aku istilahkan Cinta Online. Kadang-kadang heran jugak bila tengok yang kena tipu ni bukan calang2 manusia. Mempunyai kelulusan tinggi, pekerjaan yang baik dan pangkat yang besar. Tapi boleh juga kena tipu melalui online ni. Agaknya menggunakan internet sekadar untuk bersembang dan bermain games sahaja kot. Hmmmpp entahlah. Makin canggih dunia, makin senang orang kena tipu. 

7 ulasan:

  1. ya betul too,nii kes di buai cinta...cinta online.ehehehe

    BalasPadam
  2. hhhmm..tak tahu nak kata apa.
    zaman milenium, semua nak ekpress.. bila dibuai cinta dah tak kenal kaca dan permata.

    BalasPadam
  3. Kalau cinta 'offline' ada ke? hehehe

    BalasPadam
  4. Kadang kadang, semakin tinggi pendidikan,semakin kurang pengetahuan,kurang berfikir, itulah yang jadinya. Terutama perempuan, agaknya memikirkan usia dah lanjut akibat belajar tinggi tinggi, takut terus jadi andartu, tu yang tak berfikir panjang. *tak semua*....

    BalasPadam
  5. Cikgu Nurin, anak2 murid cikgu dalam gambar family saya tu semuanya mula dgn nama Nurin. :)

    BalasPadam
  6. Kekadang pelik juga bila yg terkena tu mmg dalam kategori cerdik... Tapi kena ingat, mereka cerdik dalam hal lain, dalam hal 'tipu dan terpedaya', mungkin mereka kurang cerdik. Pengajaran datang dari pengalaman... :). Lepas terkena, mereka mungkin akan jadi cerdik.

    Another story, seorang rakan satu batch bertemu jodoh dengan teman chat. Alhamdulillah, bahagia sampai ke hari ini.

    baik buruk internet...

    BalasPadam
  7. ini merbahaya kena berhati hati..lain lah kita dah betul2 kenal.byk yg tertipu

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...