Rabu, Januari 12, 2011
Jersi Malaysia
Salam...
Sejak Malaysia menang AFF Cup tempoh hari, mana2 pergi je mesti akan jumpa orang pakai jersi Malaysia. Kat pasar malam, shopping complex, cinema, taman bunga, padang golf, kebun binatang, stesen bas, dan mana2 aje la. Satu perkembangan yang sihat sebenarnya.
Kalau sebelum ni macam2 kaler jersi kita boleh lihat org pakai. Semua luar negara punya. Dan yang paling sedih jersi yg ada lambang salib pun org Islam kita boleh pakai je. Bukan setakat pergi pasar malam, gi solat jumaat pun ada org pakai jersi yg ada lambang salib ni. Jadi, pada penggemar jersi ni, elok la pakai je jersi Malaysia walau dimana aje. Insya Allah takde unsur2 yg boleh rosakkan akidah. Aku banyak gak koleksi jersi ni. Tapi aku suka pakai jersi time tengok bola kat stadium je. Tak sabar betul nak tgk Selangor turun kembali beraksi di Shah Alam. Cuma, jersi baru Selangor utk season yg ni aku belum beli lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam perkenalan...biasalah saudara apabila tgh "musim" menang nie kan...kbykn org malaysia nie tabiat dia bermusim.apa2pun berharap pasukan bola sepak malaysia terus maju kehadapan
BalasPadammalaysia bolee!!
BalasPadam