Ahad, April 01, 2012

Kelebihan Twitter


Assalamualaikum WBT,

Ramai rakan saya mempunyai akaun twitter. Walaupun dah 2-3 tahun mempunyai akaun twitter, kebanyakkan dari mereka bertweet tidak lebih dari 10 kali. Namun, tak kurang hebat bila ada yang baru membuka akaun twitter dalam tempoh 3 bulan tapi sudah bertweet lebih dari 5000 kali.

Twitter Vs Facebook. Bagi saya keduanya ada kelebihan tersendiri. Rasanya tak perlu saya terangkan kelebihan Facebook kerana saya percaya anda semua sudah mempunyai akaun Facebook masing-masing dan saya percaya juga dalam setiap 100 pembaca catatan ini tidak lebih dari 30 orang mempunyai akaun twitter dan tak lebih 15 yang betul2 aktif.

Apa itu twitter?


Twitter adalah social networking dan microblogging yang membolehkan pengguna untuk menghantar dan membaca mesej yang dikenali sebagai tweet melalui timeline.Tweet adalah pesanan ringkas dan hanya boleh ditulis sehingga 140 huruf (character) dan dipaparkan di timeline seterusnya dihantar secara automatik kepada semua rangkaian yang telah dihubungkan kepada anda yang dikenali sebagai follower. 

Jadi secara jelasnya Twitter ni sama macam menghantar apa juga pesanan secara ringkas dan  boleh dibaca terus oleh sesiapa yang mengikuti akaun kita dan juga sesiapa juga yang mencari setiap patah ayat yang terkandung dalam pesanan kita. 

Ini bermakna twitter adalah satu medium carian terpantas dan terkini yang sememangnya sangat berguna pada kita. Sebagai contoh sewaktu kecoh KLCC dikatakan terbakar, saya hanya perlu pergi pada ruangan search dan type KLCC dan saya akan lihat ramai yang bertweet perihal KLCC yang dikatakan terbakar itu. Akhirnya saya telah jumpa satu tweet maklumat yang tepat beserta gambar dimana bukan KLCC yang terbakar, tetapi sebuah Restoran dalam Suria KLCC telah terbakar.

Bukan itu sahaja. Apa jua yang kita kehendaki akan dipaparkan. Sebagai contoh lagi, semalam sepatutnya saya ke Alamanda untuk mencari barang. Sebelum pergi saya buka akaun twitter dan type perkataan Alamanda. Hasilnya saya melihat Farah Fauzana telah tweet yang dia akan ke Alamanda. Jadi, saya terus membatalkan hasrat saya ke Alamanda kerana saya pasti akan berlaku kesesakan dan sukar nak cari tempat letak kereta. 

Mari kita lihat contoh bergambar.

Saya menaip perkataan Arsenal diruangan search

Inilah hasil yang keluar. Sedih bila dapat tahu RVP injured wooo.
Itulah kelebihannya twitter. Walaupun orang yang memasukkan maklumat itu tidak pernah saya follow dan dia juga tidak follow saya tetapi saya telah mendapat info tentang Arsenal dari tweet yang dibuat olehnya. Twitter juga satu sistem penyebaran maklumat yang paling cepat hingga boleh menjangkau ke 1,000,000 keatas pengguna twitter lain hanya dengan meRetweet (RT) tweet asal yang dibuat oleh kita. Sebagai contoh, saya hanya mempunyai 150 followers. Farah Fauzana ada 200,000 followers. Saya pernah tweet kepada Farah Fauzana mohon utk RT maklumat sebuah kereta hilang dan Farah Fauzana telah RT info saya dan maklumat tersebut telah sampai kepada 200,150 orang. Dan dalam masa sama jika 200,150 org ini turut RT info tersebut tak mustahil 1,000,000 orang dapat info sama dalam masa yang cukup ringkas. Tak macam Facebook yang mana dah 2-3 hari baru sampai kat kita.

Huh! Bukan main panjang lebar lak. 

Trending di Facebook juga akan mengetahui topik apa yang sedang hangat diperkatakan. 


Begitu juga dengan hashtag # yang dibuat. Kita hanya perlu menaip # yang berkenaan dan kita akan melihat semua orang yang sedang bertweet dgn meletakkan # yang sama.


Jadi, pada yang belum ada akaun twitter, silalah buka akaun twitter anda sekarang. Pada yang sudah ada aktif-aktifkan diri anda. Jika anda ingin mencari saya di twitter search saja azwandengkil dan anda sudah boleh follow saya jika anda mahu. Untuk memudahkan kita berinteraksi dan mendapat maklumbalas yang cepat dari Menteri, Wakil Rakyat mahupun Kerabat Diraja, Twitter lah jawapannya.

4 ulasan:

  1. Oklah tu kan.... Yg ptg msg2 ade kelebihian.... X gitu?

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama2/4/12 2:31 PTG

    140 characters bukan 140 words

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...