Assalamualaikum WBT,
Seorang pelayan hotel berusia 23 tahun didenda RM2,000 oleh sebuah Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencabul seorang wanita warga emas yang berusia 64 tahun (pangkat nenek) di sebuah surau di sebuah negeri di Malaysia pada Selasa lalu. Tertuduh mengaku memicit bahagian punggung pesara guru berusia 64 tahun itu dengan niat mencabul kehormatannya di bilik sembahyang wanita di surau berkenaan pada jam 4.55 petang.
Persoalannya, nafsu jenis apakah ini? Seorang perempuan warga emas, beza umur umpama cucu dengan nenek, dan didalam surau juga mungkin selepas waktu solat.
Semakin aneh dunia hari ini. Kejadian yang bagaikan tidak masuk akal semakin menjadi-menjadi. Fitnah semakin berleluasa disana sini. Pertikaian tentang agama terus dibicarakan oleh mereka-mereka yang bukan ahlinya. Kata cacian dan hinaan terhadap alim ulama bagaikan biasa. Inilah hasilnya apabila iman tidak diusahakan dan diperbaharui sepertimana yang pernah Rasulullah SAW katakan pada sahabatnya “Perbaharuilah iman kamu sekalian. Sahabat bertanya: Bagaimanakah caranya memperbaharui iman kami? Ujar baginda: Hendaklah kamu memperbanyakkan ucapan La Ilaha illallah.” (Hadis riwayat Ahmad)
bila nafsu menguasai diri..
BalasPadamkne banyak berpuasa untuk menahan nafsu..
hu2~
Assalamualaikum,
BalasPadamDunia dah makin tua...
Dunia semakin serabut...
BalasPadamTips Elakkan Mabuk Darat
Pastinya kerana terlampau banyak menonton video lucah...
BalasPadam