Jumaat, Mac 18, 2011

Berdosa Gunting Rambut


Assalamualaikum WBT,

Hari ni sebelum nak tunaikan solat Jumaat tadi saya pergi ke kedai gunting rambut yang memang disitu la tempat kebiasaan saya menggunting rambut sejak saya kecil lagi. Dulu masa kecil-kecil arwah atuk akan bawa saya gunting rambut di kedai ini. Sekarang walaupun kedai dah bertukar tempat, dan tukang gunting pun dah bertukar orang, saya masih gunting disini. Kebetulan masa gunting rambut tadi tokeynya (tukang gunting masa saya kecil dulu) ada disitu. Dan fesyen saya seperti biasalah bukan macam Mawi, tapi Mawi yang macam saya. Sebab sejak Mawi belum dikenali lagi saya dah berfesyen begini.

Masa saya sampai ada seorang pelanggan sedang menggunting rambut. Kemudian selesai gunting rambut pelanggan tersebut minta dicukur jambang dan janggutnya. Tak teringat pula nak merakamkan aksinya. Dengan kerusi dibaringkan, tukang gunting memegang sebilah pisau pencukur yang saya yakin cukup tajam untuk menyembelih apa sahaja. 

Bayangkan dengan keadaan yang agak mengerikan, si pelanggan tenang dan boleh relax memejamkan mata tidur-tidur ayam keasyikan dibelai oleh tukang gunting dengan pisau pencukur. Sebab itu saya kata tukang gunting adalah orang yang paling kita percayai. Sebab jika kita tak percaya, kita takkan benarkan si tukang gunting mengulit muka kita dengan benda paling tajam. Silap langkah, padah jawabnya.

Mungkin disebabkan itu juga, kebanyakkan orang hanya selesa dengan satu kedai gunting. Namun ada juga yang selesa dibelai oleh tangan lembut kaum yang berlawanan jenis dengannya. Yang ini yang saya tak faham. Kenapa sibuk nak masuk kedai salon rambut wanita sedangkan kedai gunting rambut lelaki bersepah. Akhirnya menyusahkan kaum wanita yang bertudung untuk menggunting rambut kerana lelaki bebas keluar masuk di situ. Jadi, dah tentu la berdosa kan. Dah tau dosa kenapa nak buat juga. Hairan..hairan...

15 ulasan:

  1. sejak seorang lelaki masuk menggunting rambut di salon yang sama ketika rambut saya sedang dipotong, saya tidak pernah lagi jejak kaki ke sana

    sekarang suami yang potongkan rambut saya, tak kisah apa fesyen sebab bertudung

    BalasPadam
  2. Dah agak lama juga BG tak potong rambut disebabkan masalah ini. Ada jumpa salon yang tulis 'Bilik aurat disediakan' tapi disebabkan salon itu unisex, tak dapatlah tunaikan hajat hendak memotong rambut...

    Tempohari ada orang tegur, "adik pakai tudung nampak cantik aje sanggul terletak..." Kura-kura dalam perahu, BG pun tanya, "Sanggul saya tinggi sangat ke kak?"

    Dilema sungguh... takut pula menyerupai sanggul bonggol unta yang disebut Nabi...

    BalasPadam
  3. saya pun takkan masuk kedai yang terima pelanggan lelaki @ ada lelaki kat dalam tu..

    BalasPadam
  4. semenjak dulu lagi saya gunting rambut hingga no. 1... dengan kata lain.. panjang sikit dari Faizal Ismail Hotfm.. hehehe..

    Dan sudah 2 tahun saya tak ke kedai gunting sebab saya beli sendiri mesin gunting rambut tu..

    Saya suruh isteri guntingkan pakai mesin tu.. lagi best isteri belaikan.. hehehehe...

    BalasPadam
  5. betul2, yg laki pegi la kt kdai gnting rmbut laki.. :)

    BalasPadam
  6. Cik Yana pernah hari tu tengah cuci rambut, tiba-tiba ada orang lelaki masuk. Memang terkejut gila. Tak sangka pulak ada lelaki yang nak gunting kat saloon perempuan. Sejak hari tu, memang cik Yana dah tak pergi kedai tu. Kalau nak cuci ke, gunting ke, cik Yana akan tanye dulu kedai ni ada pelanggan lelaki tak. Huhuhu~

    BalasPadam
  7. emm.. memang menyampah kdg kdg, tengok diorang minta di massage2..

    BalasPadam
  8. pelik, pelik. ada jugak laki cam gitu

    BalasPadam
  9. masa sih..???
    dosa bukan karna gunting rambutnya,,
    tapi karna menunjungi yang bukan tempatnya
    ^_^

    BalasPadam
  10. gunting rambut sendirilah senang.

    BalasPadam
  11. tp kalo pompuan g gunting rambut kedai che ya nun alif pon dosa gak...aurat gak tu...

    BalasPadam
  12. saya myediakan perkhidmatan salon untuk kaum muslimah sahaja.. mmg susah skrng nk cri salon untuk muslimah ni.. hu2..

    BalasPadam
  13. salam..minta izin nk copy sume komen n coretan di atas boleh x??

    BalasPadam
  14. Sila2.. takde istilah copyright disini.

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...