Assalamualaikum WBT,
Selesai memuatkan juadah untuk 'CakRaya' (makan besar) atau kenduri ke dalam kenderaan kami bergerak ke Kg.Kuala Mu untuk menjamu seluruh penduduk di Pos Kuala Mu. Tiba saja kami dihadapan rumah penghulu Pos Kuala Mu, kanak-kanak terus saja menyerbu kami.
'Cakraya' atau makan besar adalah upacara memberi makan kepada masyarakat orang asli secara beramai-ramai. Mereka akan keluar dari rumah masing-masing membawa 'ayan' (pinggan) dan membawa pulang makanan yang diagihkan untuk dimakan dirumah masing-masing. Berbagai kerenah dapat dilihat dan berikut antara gambar yang telah dirakam.
 |
Pengagihan bermula |
 |
Alhamdulillah |
 |
Berbaris panjang |
 |
Semakin ramai |
 |
Kecerian terpancar |
 |
Yang muda pun turut ceria |
 |
Periuk nasi yang kedua |
 |
Kepuasan terpancar diwajah kami |
Yeah.. Kepuasan dan kegembiraan terpancar diwajah kami walaupun kami semua kepenatan. Balik ke tempat kami menginap di Kg.Bersah, terus terlena dan laungan azan subuh oleh Ustaz Fuad mengejut kami semua bangun dari tidur...
Gambar penuh perjalanan Hari Kedua boleh dilihat
DISINI
Bersambung di catatan seterusnya .....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com