Khamis, Jun 14, 2012

#Euro2012 menyebabkan produktiviti kerja merosot.


Assalamualaikum WBT,

#Euro2012 sudah seminggu berlalu dengan perlawanan peringkat kumpulan telah masuk ke perlawanan yang kedua. Banyak keputusan-keputusan yang tidak diduga berlaku. Sumber dari Riuhters memberitahu mungkin unsur-unsur bookie banyak mempengaruhi keputusan perlawanan.

Itu dari segi keputusan perlawanan. Bagaimana pula dengan keadaan pejabat dan produktiviti kerja sepanjang berlangsungnya Euro2012? Jawapannya, sila lihat gambar diatas. Sangat mendukacitakan. Euro2012 menjadi sebab produktiviti kerja kebanyakkan lelaki di Malaysia turut merosot. Masakan tidak, perlu berjaga sehingga jam 4.30 pagi bagi menonton perlawanan bolasepak di kaca tv. Jam 8.00 pagi, perlu berada di pejabat pula. Jadi bagaimana nak buat kerja dengan baik.

Kadar MC diklinik swasta mahupun klinik kesihatan kerajaan, meningkat mendadak. Peningkatan ini disebabkan sakit betul kerana darah naik tak cukup tidur dan tak kurang juga sakit yang dibuat-buat kerana lewat untuk masuk ke pejabat. Jadi, yang hanya meningkat sepanjang Euro2012 ialah pendapatan klinik-klinik swasta. Tak ketinggalan juga, tokey-tokey kedai mamak mendapat keuntungan yang tinggi sepanjang Euro2012.

Untuk itu suka saya menyeru rakan-rakan seperjuangan yang hantu bola ni, marilah kita sama-sama fokus untuk kembali menjalankan rutin harian kita seperti biasa. Tidur awal dan bangun awal. Tingkatkan produktiviti kerja masing-masing dan jauhi dari ambil MC tipu. Euro2012 sudah kehilangan serinya. Jom kita boikot Euro2012...

1 ulasan:

  1. kualiti utk melakukan ibadah jugak semakin merosot sepanjang musim bola ni, menyedihkan

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...