Rabu, April 11, 2012

Peringatan untuk kita : 3 gempa bumi kuat dalam masa 2 jam.

Seorang ibu menggendong bayinya yang baru berusia tujuh hari di kawasan Baiturrahman, Banda Aceh, Rabu (Tribunnews.com)
Assalamualaikum WBT,

Setelah satu gempa bumi kuat pada 2004 melanda kawasan sama dengan 9.1 SR, hari ini, kawasan tersebut, Acheh digegarkan dengan gempa bumi kurang 0.2 SR iaitu 8.9 SR yang berlaku pada jam 4.38 ptg (waktu Malaysia). Sebanyak 8 gegaran susulan dirakamkan dan sangat mengejutkan kerana gegaran susulan pada kali keenam dan ketujuh merekod bacaan 8.8 SR dan 8.1 SR.

Berikut adalah bacaan-bacaan SR yang dirakamkan.

  1. 4.38 ptg - 8.9 SR
  2. 5.28 ptg - 6.1 SR
  3. 5.48 ptg - 6.2 SR
  4. 6.09 ptg - 6.1 SR
  5. 6.21 ptg - 5.7 SR
  6. 6.43 ptg - 8.8 SR
  7. 6.44 ptg - 8.1 SR
  8. 6.50 ptg - 6.5 SR

Pada awalnya amaran tsunami telah dikeluarkan dan ditarik balik lebih kurang jam 9.30 malam tadi. Namun begitu kita jangan mudah untuk menarik nafas lega kerana tiada ancaman tsunami yang berlaku. Gempa bumi yang terjadi semuanya adalah kehendak Allah yang memberi peringatan demi peringatan kepada kita semua agar terus taat pada segala perintahNya. Mudah-mudahan peringatan ini memberikan kesedaran kepada kita semua agar tidak lalai kerana dunia ini nyata sudah semakin tenat dan sudah semakin hampir ke penghujungnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...