Isnin, April 02, 2012

Lap pakai tisu sahaja


Assalamualaikum WBT,

Cantik dan kelihatan menarik tandas di atas. Sangat selesa jika ingin melepaskan 'hajat'. Namun begitu ada sesuatu yang kurang disitu. Apa agaknya ye....

Ya.. Untuk urusan membuang segala sisa yang ada dalam usus mungkin sudah selesai. Tetapi untuk menyucikan diri dari bekas-bekas yang masih tersisa di anggota yang sering menjadi perhatian ini, bagaimana pula jika tiada paip air disitu. Tak kelihatan kepala paip yang memungkinkan air akan keluar dari dalam mangkuk tandas apetah lagi saluran getah paip (orang jawa panggil tolerr). Jadi apa cara nak membersihkan sisa tersebut. Lap pakai tisu sahaja la kot sebagai jalan penyelesaiannya.

Sanggupkah kita?

Sejak dari dilahirkan sehinggalah kita pandai 'mencebok' sendiri, air bersih menjadi sumber utama bagi tujuan untuk 'bercebok'. Kini kita 'diajar' pula untuk 'bercebok' dengan menggunakan tisu sahaja.

Benarkah begitu?

Inilah masalah yang saya hadapi di dua kompleks membeli belah yang terdapat di Kuala Lumpur. Mujur saya tidak terlalu darurat untuk menunaikan 'hajat' dan setelah mendapati tiada sumber air disitu saya tahankan dulu sebelum bertemu dengan pam minyak berdekatan. Walaupun tandas di pam minyak tidak sewangi dan seselesa seperti dalam tandas di mall tadi, namun sumber air yang terdapat didalamnya membuatkan saya berasa sangat selesa untuk melepaskan 'hajat' yang terpendam.

Kini saya terfikir, bagaimana keadaan saudara seagama saya yang bekerja dalam bangunan mall tersebut yang sudah pasti akan menggunakan tandas di bangunan itu untuk melepaskan 'hajat'nya.

3 ulasan:

  1. wan... kalau tak atesen minyak... kpah carik mesjid atau surau... hmmm... tak kuasa wan oiii nak guna tisu... alahai...

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama12/4/12 8:54 PG

    betul ke takde sumber air? aku pun penah dalam situasi ni tapi bila tengok dgn teliti sebenarnya terdapat air pancutan dalam lubang tandas tersebut. kebanyakan tandas baru pakai design camtu.

    try perhati lagi sekali.

    http://www.terbangtinggitinggi.com/2011/03/hamzah-dipancut-di-dalam-tandas-kisah.html

    http://bicarafarah.blogspot.com/2012/03/tandas-yang-menyusahkan.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di perenggan kedua saya ada jelaskan.

      Padam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...