Isnin, April 09, 2012

Kenaboi 4X4 Off-Road Challenge


Assalamualaikum WBT,

Semalam setelah sekian lama tak berOff-Road, D'Harung 4X4 Adventure Team sekali lagi meredah trek hutan di Kenaboi. Walaupun laluan ini sudah sebati dengan team kami namun yang membuatkan kami menyukainya kerana setiap kali kami kesini pasti akan menempuh pengalaman yang berbeza-beza.

Kali ini bermula dari start point off-road hingga ke perkampungan orang Asli berhampiran Kenaboi kami mengambil masa 10 jam. Banyak perubahan dilaluan yang semakin mencabar. Dan disetiap halangan yang kami tempuh 'winch' sudah pasti digunakan. 

4 buah 4WD yang turut serta beserta 13 krew. Cabaran utama dilaluan ini ialah pokok buluh yang melintang menghalang laluan. Tebing sungai yang pecah turut menjadi cabaran utama buat kami. Walaupun kepenatan namun kami semua sangat berpuashati kerana dapat laluan yang sungguh mencabar buat kali ini hingga 2 kereta terpaksa dibantu kerana sudah terlalu hampir dengan tebing gaung yang sangat tinggi.

Antara aksi video yang sempat dirakamkan boleh dilihat DISINI bertajuk Kenaboi Offroad Challenge. Antara gambar-gambar yang sempat dirakam juga boleh dilihat DISINI
Video yang dipaparkan dibawah ini ialah antara aksi saya yang dirakam kawan-kawan.


5 ulasan:

  1. saya pun suka buat trip ke kenaboi, 4x4, mendaki gunung besar hantu, pada saya kenaboi sebuah perkampungan yg lengkap, ada dusun, hutan, gunung dan view yg cantik

    cuma bbrp bulan lepas kenaboi tercemar dgn xtvt maksiat yg tak sihat, ada masuk dalam harian metro. memalukan. nama kaki2 4x4 yg tercalit busuk. menyedihkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tertanya-tanya juga area mana la dorang buat aktiviti tak bermoral tu.

      Padam
  2. Assalam bro azwan, maaf kacau thread ni, nak tanye , rumah bro azwan di dengkil to masih hendak disewakan lagi ke?

    http://groups.yahoo.com/group/ingatan/messages/37089?threaded=1&m=e&var=1&tidx=1

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumah tetap disewakan. Tapi dah ada penyewa semuanya.

      Padam
    2. ok, terima kasih ye.

      Padam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...