Boleh diguna pakai ke ayat dalam di atas tu? Bagi saya jangan mudah nak mempercayai semua lawyer yang kita lantik kerana bukan semua lawyer buat homework sebelum memasuki kamar mahkamah. Lebih menyedihkan jika lawyer tersebut mewakili agensi kerajaan yang bertanggungjawab menjaga pengangkutan jalan di Malaysia.
Terbaru, saya mewakili syarikat ke mahkamah kerana lori saya ditahan JPJ atas kesalahan tayar haus. Tiada kompaun dikeluarkan dan terus rujuk ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan. Perbicaraan di mahkamah majistret secara terbuka dan sampai pada giliran saya. Setelah mengaku salah, tuan majistret bertanya pada peguam pendakwa yg mewakili JPJ. "Lori RORO ni lori yang bagaimana?". Dengan penuh yakin lawyer tersebut menjawab "Lori yang tayar depannya besi bulat yang besar tu untuk menggelek jalan".
Inilah yg dimaksudkan oleh lawyer |
Dan kegunaan lori ini adalah untuk menarik tong RORO seperti gambar dibawah yang selalu digunakan oleh meletakkan sisa-sisa pembinaan.
Tak semua lawyer begitu. Ada lawyer yang sangat bersedia malah boleh menerangkan secara terperinci apa jua soalan yang berkaitan dengan kes yang dibawanya walaupun perkara tersebut jauh dari bidang yang diceburinya. Jadi, sebagai lawyer, jangan sampai kita ditertawakan.
Ha ha ...
BalasPadamSaya tak banyak info fasal lori, tapi yang loyar cakap tu memang kompom stimroll. Tak tahu pulak ada lori RORO. Ingat kapal aje yang RORO.
Bro masukkanlah entry fasal heavy machine lain, cam kometo, air ride, tail gate, double excel dan lain-lain...
Takde yg berkaitan dgn saya la sis. RORO mmg berkaitan :)
Padam