Selasa, Mac 06, 2012

Ibu rakam anak dirogol teman lelaki.

Assalamualaikum WBT,


Jika dikaitkan dengan bodoh pasti orang akan berkata, "Bodoh macam lembu". Kesian lembu. Tak semena-mena disamakan dengan orang yang bodoh. Tetapi untuk kes ibu merakam anaknya dirogol oleh teman lelakinya, ternyata adalah satu perbuatan paling bodoh dan tidak bertamadun serta tidak boleh sama sekali dikaitkan dengan lembu seperti diatas. Kerana sebodoh-bodoh lembu (eh bodoh ke lembu tu?), lembu itu tidak sanggup melihat anaknya disakiti.

Bukan lembu sahaja, apa juga binatang yang lain sewaktu anaknya masih kecil dan perlukan jagaannya, sudah pasti segala usaha dilakukan bagi memastikan anak-anak mereka selamat dan mendapat makanan yang mencukupi. 

Kisah ibu merakam anaknya sewaktu dirogol oleh teman lelakinya sendiri adalah satu perbuatan yang sangat keji dan tidak boleh dimaafkan. Walaupun mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun, namun masa depan anak yang berusia 11 tahun ketika kejadian hancur angkara perancangan ibu sendiri. Gangguan emosi yang sangat dahsyat akan terus menghantui perasaan anak itu sehingga bila-bila walaupun ibunya yang zalim itu telah dilepaskan dari penjara.

Tidak pernah terlintas difikiran bagaimana tergamaknya seorang ibu memperlakukan anaknya sedemikian rupa. Bagaikan tidak masuk akal. Mungkin anak itu bukan anak kandungnya? Kerana sifat sebenar seorang ibu yang mengandungkan anaknya sendiri sepanjang 38-40 minggu dalam perut adalah sangat berlainan dengan sifat diatas. Namun kisah anak menderhakai dan menzalimi ibu memang sudah banyak terjadi. Ikuti kisahnya disini.

8 ulasan:

  1. Salam.
    Berita yang amat mengaibkan, malahan untuk mendengar pun rasa tak sanggup..."nauzubillah". Moga dijauhkan dari perkara2 mungkar.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama7/3/12 9:27 PG

    itu ialah padah menolak agama jadi DASAR HIDUP. Mereka lebih hina dari haiwan dan setan. Olih itu, amal lah ISLAM SEBAGAI AGAMA

    BalasPadam
  3. kenapa ada manusia macam ni kan..... kejam

    BalasPadam
  4. boleh pulak camtu... buat sesuatu tanpa berfikir akibat...

    *** pic lembu tu cute...hehe

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...