2 Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Hulu Langat meninggal dunia dan tiga cedera termasuk seorang parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terbabas dan melanggar tiang lampu di Persiaran Selatan dari arah Dengkil ke Putrajaya dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam lima petang berhampiran Desa Pinggiran Putra itu, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Kajang selepas menghantar Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian itu, Al Dita Aladin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan umrah.
Dipercayai gambar terakhir yg dirakam bersama 2 arwah di KLIA |
Mangsa, Saifuddin Kandar, 39, (kiri) dan Khairul Hisham Janarudin, 37, (3 dari kiri) yang duduk di kerusi penumpang kereta jenis Toyota Estima itu cedera parah di bahagian kepala dan badan akibat tercampak dari kenderaan.
MPV yg remuk teruk |
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz yang ditemui di tempat kejadian berkata beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lagi mangsa Ahmad Zarani Md Zam yang memaklumkan mereka terlibat dalam kemalangan.
Jenazah kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, manakala mangsa lain yang terselamat adalah Yazid Ghazali dan Razip Rashid masing-masing 30-an.
Sanak saudara di Hospital Serdang |
Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah yang telah pergi. Al-Fatihah....
al-fatihah..moga rohnya ditempatkan di kalangan org beriman...
BalasPadaminnalillahiwainailahirojiun....
BalasPadamALFATIHAH...SEMUGA ROHNYA DI CUCURI RAHMAT
BalasPadamsalam takziah buat keluarga,al fatihah
BalasPadam