Sabtu, Januari 14, 2012

Urutan Seks

Assalamualaikum WBT,

Jika anda perasan dimana-mana dinding, tiang, dan yang bersamaan dengannya di sekitar Lembah Klang akan tertera iklan untuk urut dan nombor telefonnya sekali. Sedia maklum yang di Selangor sahaja, rumah urut wujud dimana-mana dan alhamdulillah tiada di Dengkil. Kalau dulu bukan main susah nak cari tukang urut. Sekarang, bukan sahaja rumah urut, malah ada khidmat tukang urut yang akan sampai terus ke rumah dengan hanya satu panggilan.

Berikut panggilan yang telah saya lakukan sendiri. Bukan kerana ingin mencari tukang urut tapi sekadar ingin tahu sahaja.

Tokey Urut (TU) : Hello massage.
Saya (S): Ya, saya nak urutlah. 
TU : Boleh. Bos ada mana tempat?
S : Saya ada dekat Puchong. (nombor yang saya dpt ni di Puchong). Lu ada mana?
TU : Kita di KL. Tapi jangan risau, boleh hantar punya.
S : Wah.. Banyak bagus. 
TU : Bos mau apa macam punya tukang ulut. Philiphine ada, Thailand ada, Indonesia ada, China pun ada.
S: Aik. Banyak bangsa. Apa macam kira ni?
TU : Satu jam RM200.
S: Apesal banyak mahal? (Biasa urut di kg RM30 je.)
TU : Ini pakej sekali main punya bos. 
S: (Na'uzubillahhiminzalik) - Oooo.. Boleh main ka? Hayyoo.. 

Betul-betul terkejut saya dibuatnya. Dan saya sempat bertanyakan kalau saya mau datang ketempatnya dia sedia beri alamat. Nah.. Mudahnya jika pihak berkenaan ingin mengambil tindakan. Tapi bagaimana keadaan seperti ini boleh berlaku dan bagai dibiarkan sahaja.

Pihak berkenaan perlu memandang serius perkara ini. Walapun banyak operasi dibuat, tapi modus operandi seperti ini lebih memudaratkan. Terlalu mudah dan senang bapak2 ayam mencari pelanggannya. Jangan dijadikan Lembah Klang ini sebagai sarang pelacuran yang tidak bertempat kerana bala Allah akan tiba tanpa petanda.

PBT berkenaan, saya rasa sgt mudah untuk keluarkan saman keatas pemilik nombor telefon terbabit yang menconteng tempat yang tidak sepatutnya. Jawatankuasa Penduduk perlu juga mengambil tindakan segera dengan memadam nombor-nombor telefon yang dispray di tempat-tempat yang sangat mudah dilihat oleh sesiapa sahaja.

3 ulasan:

  1. Salam... nak tanya... ada tak contact no taukeh tu

    BalasPadam
  2. Takde la pulak saya menyimpannya. Nak buat apa pun.

    BalasPadam
  3. salam, dkt dengkil ade tukan urut ke. maksud saya yg real urut utk lelaki. utk sakit pinggang

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...