Ahad, Januari 15, 2012

Kalau temanya berbogel?

Assalamualaikum WBT,

Baru semalam layan cerekarama lakonan Rozita Che Wan bertudung walaupun tak sempurna. Hari ini terkejut tengok Metro Ahad gambarnya terpampang dengan gaya yang suka 'melemaskan'. Apa yang terjadi katanya adalah mengikut tema yang diberikan.

“Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa,” kata aktres jelita, Rozita Che Wan mengulas tindakannya memakai skirt pendek paras lutut ketika menghadiri majlis hari jadi seorang pelakon di restoran The Ship, Bukit Bintang, baru-baru ini.
Astaghfirullahhal'azim..... Urut dada saya dibuatnya. Ikut tema ye. Bukan nak ikut perintah Allah. Agaknya kalau tema tempat tu kena berbikini ataupun berbogel terus, agak2 dia ikut tak? Saya ni memang tak berapa nak suka mengulas kenyataan artis. Kerana semua sedia maklum itu pilihan mereka. Akan tetapi kenyataan tersebut sangat mendukacitakan lebih-lebih lagi beliau bukanlah muda sangat pun. Dah ada anak yg sudah meningkat remaja pun. Hmmmmm...

Ya Allah, ampuni saya dan seluruh umat Muhammad SAW kerana lalai dalam mengingati Mu.

3 ulasan:

  1. ye betul tu......saamalm saya tgk mr labuci mak aihhh saya yg mak org ni pun,segan tgk.ketat dan sendat macam susah dia nak bernafas.kdg2 pelij dgn sesetengah perempuan...


    Alalh dh anugerahkan kecantikan wajah & tubuh badan,tetapi kenapa semau nak ditayangkan hingga nampak bentuk & lurah yg tak sepatutnya ditunjuk?

    sayang bila nikmat yg Allah berikan tak dihargai dengan menutupnya.

    BalasPadam
  2. alamak... tak terbaca kisah ni, hujung minggu ni sibuk sangat tak sempat belek paper.

    anak2 bujang saya tegur kalau dia org rasa mak dia ni over sikit..hihi

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...